Bas dari KL ke Kangar

Bas dari KL ke Kangar
Jadual Bas dari KL ke Kangar >>

Bas dari KL ke Kangar adalah cara yang paling mudah untuk ke ibu negeri Perlis itu. Kangar tiada stesen kereta api. Stesen kereta api paling dekat adalah di Arau yang terletak kira-kira 10km dari Kangar. Oleh itu, kereta api bukanlah perkhidmatan yang terus ke Kangar kerana penumpang perlu mengambil perkhidmatan bas ulang-alik dari Arau ke Kangar.

Pengusaha Bas yang Beri Perkhidmatan Bas dari KL ke Kangar

Etika, Intercity dan Transnasional adalah pengusaha bas terbesar yang memberi perkhidmatan bas dari KL ke Kangar. Mereka menyediakan perkhidmatan bas yang kerap ke Kangar sepanjang hari. Konsortium, Mayang Sari dan Plusliner adalah pengusaha bas lain yang berkhidmat bagi laluan ini tetapi perkhidmatan bas mereka tidak sekerap pengusaha bas sebelumnya.

Kebanyakan bas Etika adalah bas satu tingkat, manakala Intercity menggunakan bas jenis tinggi. Walaupun jenis bas berbeza, semua bas dilengkapi dengan kelengkapan yang menjamin keselesaan seperti penghawa dingin dan tempat duduk boleh ubah.

Tempoh Perjalanan, Harga Tiket, Perhentian dan Nota

Tempoh perjalanan bas dari KL ke Kangar kebiasaannya mengambil masa dalam 6-7 jam, bergantung kepada keadaan trafik. Bas bertolak dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) dan sesetengah bas akan berhenti di Hentian Duta KL untuk mengambil lebih banyak penumpang. Terminal Bas Hentian Duta adalah terminal yang terletak di utara Kuala Lumpur.

Bas dari KL ke Kangar selalunya akan berhenti sekurang-kurangnya sekali untuk rehat dan pengurusan diri seperti ke tandas. Di Perlis, kebanyakan bas berhenti di kedua-dua Terminal Bas Antara Bandar Kangar dan Stesen Bas Kuala Perlis untuk menurunkan penumpang.

Bas akan berhenti di Bas Terminal Antara Bandar Kangar terlebih dahulu dan akhir sekali di Stesen Bas Kuala Perlis. Bagi penumpang yang mengambi bas dari KL ke Kangar, sila turun di Terminal Bas Antara Bandar Kangar.

Tiket bas dari KL ke Kangar adalah dari RM47 ke RM50, bergantung kepada bas yang dipilih. Perjalanan bas dari KL ke Kangar popular dengan pemandangan sawah padi yang indah di kawasan utara Malaysia. Sekarang, perjalanan ke Kangar adalah lebih mudah dengan pembelian tiket bas online di BusOnlineTicket.com. Anda hanya perlu membuat tempahan dan bayar secara online di BusOnlineTicket.com untuk dapat pengesahan tempahan segera dalam tempoh 24 jam.


Jadual Bas dari KL ke Kangar

Ubah Carian
Tapis Carian
Ubah Carian
Ubah Carian
Ubah Carian


Perjalanan Popular dari Kuala Lumpur