Bas dari Johor Bahru ke Kluang

Bas dari Johor Bahru ke Kluang

Jadual Bas dari Johor Bahru ke Kluang >>

Bas dari Johor Bahru ke Kluang adalah perkhidmatan bas yang mempunyai banyak permintaan di Terminal Bas Larkin kerana terdapat banyak penduduk Kluang bekerja di Johor Bahru dan Singapura.

Pengusaha Bas yang Menyediakan Bas dari Johor Bahru ke Kluang

KKKL Express menyediakan bas yang kerap dari Johor Bahru ke Kluang setiap hari. Bermula daripada pukul 9 pagi hingga 9 malam, syarikat bas KKKL Express mempunyai jadual perjalanan bas yang bertolak setiap satu jam dari JB Larkin ke Bas Terminal Kluang.

KKKL Express adalah jenama bas popular dan antara syarikat bas terbesar di Malaysia. Syarikat bas ini mempunyai reputasi yang baik dari segi perkhidmatan dan ketepatan masa dalam kalangan penumpang. Saiz basnya besar dan selesa. Pelanggan tetap selalunya akan memilih KKKL Express sebagai pilihan utama mereka untuk ke Kluang dari Johor Bahru.

Bas vs Kereta Api

Antara sebab utama mengapa ramai lebih suka untuk mengambil bas daripada kereta api dari Johor Bahru ke Kluang adalah kerana jadual bas yang lebih kerap berbanding jadual kereta api. Kereta api hanya mempunyai 3 jadual perjalanan yang terhad manakala bas bertolak setiap jam dari pagi hingga petang.

Tempoh Perjalanan, Harga Tiket Bas dan Nota

Tempoh perjalanan bas dari Johor Bahru ke Kluang adalah dalam 1.5 jam. Bas akan bergerak tanpa henti dan terus dari Johor Bahru ke Kluang. Selepas susur keluar Ayer Hitam dari Lebuhraya Utara-Selatan, bas akan mengambil Jalan Batu Pahat untuk ke Terminal Bas Kluang. Harga tiket bas untuk bas dari Johor Bahru ke Kluang adalah RM10.80.

Permintaan tiket bas dari Johor Bahru ke Kluang sangat tinggi pada petang Jumaat dan pagi Sabtu. Hal ini kerana terdapat beribu penduduk Kluang, terutamanya belia, yang bekerja di Singapura dan Johor Bahru. Mereka selalunya akan mengambul bas dari Johor Bahru ke Kluang untuk bertemu dengan keluarga mereka pada hujung minggu.

Menempah tiket bas online di BusOnlineTicket.com adalah mudah lagi memudahkan. Anda dapat mengelak daripada ke terminal bas untuk membeli tiket bas dan beratur panjang. Kad kredit dan perbankan internet seperti CIMB One Click dan Maybank2u diterima di BusOnlineTicket.com.


Jadual Bas dari Johor Bahru ke Kluang

Ubah Carian
Tapis Carian
Ubah Carian
Ubah Carian
Ubah Carian


Perjalanan Popular dari Johor Bahru