Swiftliner Express Menawarkan Bas dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur

Bas Swiftliner dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur dari RM42

Perjalanan Bas dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur dengan Swiftliner Express

Selamat datang Swiftliner Express! Kami sangat teruja untuk berkongsi dengan anda bahawa Swiftliner Express telah menyertai BusOnlineTicket.com bagi menyediakan perkhidmatan tempahan atas talian untuk tiket bas mereka. Anda kini boleh ke BusOnlineTicket.com untuk menikmati akses 24/7 ke portal tempahan atas talian kami dan tempah tiket bas dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur dengan Swiftliner.

Swiftliner Express adalah syarikat bas ekspres baru yang dikendalikan oleh Arwana Express. Swiftliner Express terkenal dengan perkhidmatan bas dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur. Semua bas mereka dilengkapi dengan penghawa dingin, tempat duduk boleh laras dan ruangan tempat letak kaki yang mencukupi untuk memastikan setiap penumpang dapat menikmati perjalanan yang selesa.

Laluan bas popular yang ditawarkan oleh Swiftliner Express adalah seperti berikut

Tambang bas antara Kuala Terengganu dan Kuala Lumpur adalah daripada RM 42.00 per tiket manakala tambang bas antara Kuantan dan Kuala Lumpur adalah daripada RM 23.00 per tiket. Tempat bertolak dan ketibaan bas di Kuala Lumpur terletak di TBS (Terminal Bersepadu Selatan). Sementara itu, tempat bertolak dan ketibaan bas di Kuala Terengganu terletak di Terminal Bas Kuala Terengganu dan tempat bertolak dan ketibaan bas di Kuantan terletak di Terminal Bas Kuantan Sentral.

Dapatkan tiket bas dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur sekarang di BusOnlineTicket.com dan nikmati perjalanan yang selesa dengan Swiftliner Express. Anda juga boleh menempah tiket bas anda melalui Aplikasi BusOnlineTicket yang boleh dimuat turun
secara percuma di App Store dan Google Play. Semua tempahan melalui BusOnlineTicket.com akan disahkan dengan segera setelah pembayaran berjaya dilakukan.