LA Holidays Menawarkan Tiket Bas ke Mersing dengan DISKAUN 10%
Mersing adalah salah satu lokasi yang mempunyai jeti untuk ke Pulau Tioman, antara pulau paling popular di Malaysia. Merancang untuk ke Pulau Tioman? Khabar baik untuk anda, LA Holidays kini menawarkan DISKAUN hingga 10% untuk meraikan pelancaran laluan baru mereka antara KL dan Mersing. Promosi sah sehingga 5 Oktober 2020.
LA Holidays adalah jenama popular yang meraih semakin ramai pelanggan dan terkenal dengan reputasi perkhidmatannya yang terbaik. Bas mereka menggunakan reka bentuk baru dengan tempat duduk yang selesa, ruang kaki yang luas dan dilengkapi dengan Wi-Fi percuma dan port USB di dalam bas. Harga tiket bas mereka juga berpatutan walaupun dengan perkhidmatan berkualiti yang mereka tawarkan.
Laluan Bas Baru LA Holidays
Harga selepas diskaun, sekiranya ada, akan dipaparkan pada senarai jadual perjalanan bas LA Holidays di halaman tempahan kami. Anda boleh memeriksa ketersediaan diskaun di laman web dan aplikasi mudah alih kami dengan mudah. Sila maklum bahawa tawaran ini sah untuk tarikh perjalanan antara 1 Oktober hingga 31 Oktober 2020 sahaja.