Sekarang Lebih Mudah dengan Ayu Express!
Jika anda sedang mencari perkhidmatan bas dari Terengganu atau Kuantan ke KLIA / KLIA2, tak perlu cari lagi. Ayu Express kini telah menyertai kami dan anda boleh menempah tiket bas mereka dalam talian pada bila-bila masa dan di mana sahaja yang anda suka. Semak jadual dan tempah tiket bas online di BusOnlineTicket.com hari ini!
Ayu Express adalah syarikat bas ekspres yang beribu pejabat di Jenjarom, Selangor. Perkhidmatan bas utama yang mereka tawarkan antaranya termasuk pelbagai lokasi di pantai timur dan lapangan terbang di Kuala Lumpur; KLIA dan KLIA2. Beberapa perkhidmatan bas popular yang ditawarkan oleh Ayu Express adalah bas dari Kuantan ke KLIA dan KLIA2 dan bas dari Kuala Terengganu ke KLIA dan KLIA2. Bas dari Kuala Terengganu mengambil penumpang dari MBKT. Sementara itu, bas dari Kuantan mengambil penumpang di Kuantan Sentral.
Perkhidmatan Bas Popular oleh Ayu Expres
- Bas dari Kuantan ke KLIA
- Bas dari Kuantan ke KLIA2
- Bas dari Kuala Terengganu ke KLIA
- Bas dari Kuala Terengganu ke KLIA2
- Bas dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu
- Bas dari Kuala Lumpur ke UniSZA
…dan banyak lagi.
Tempat Mengambil dan Menurunkan Penumpang Yang Lain
Selain daripada lokasi-lokasi yang disebutkan di atas, Ayu Express juga menawarkan tempat mengambil dan menurunkan penumpang di Greenwood, Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Putrajaya, Marang, Dungun, Paka, Kerteh dan Kemaman. Anda boleh menyemak jadual bas dan ketersediaan tiket bas Ayu Express di laman web kami.
Menempah tiket bas anda di BusOnlineTicket.com kini jauh lebih mudah dengan laman web yang mesra pengguna dan aplikasi mudah alih yang boleh anda muat turun secara percuma di App Store dan Google Play. Tambahan lagi, anda boleh menyemak jadual bas, membandingkan harga dan membuat tempahan dengan mudah dengan hanya beberapa langkah mudah di telefon mudah alih anda. Oleh itu, rancanglah perjalanan dan tempah tiket bas Ayu Express anda sekarang!