Prisma Express Menawarkan Perkhidmatan Bas Antara Kuala Lumpur dan Johor Bahru

Prisma Express menawarkan perkhidmatan bas antara KL dan JB

Perkhidmatan Bas Prisma Express Antara Kuala Lumpur dan Johor Bahru

Kami amat berbesar hati untuk mengalu-alukan Prisma Express untuk menyertai BusOnlineTicket.com. Melalui kerjasama ini, kami menjangka sepenuhnya bahawa Prisma Express akan menyediakan kualiti perkhidmatan yang terbaik untuk para pelanggan. Tambahan lagi, kini setiap orang boleh menempah tiket bas Prisma Express melalui BusOnlineTicket.com pada bila-bila masa dan di mana jua.

Prisma Express adalah antara pengusaha bas terbaru yang ibu pejabatnya terletak di Kuala Lumpur. Mereka khusus dalam menyediakan perkhidmatan bas dari Kuala Lumpur ke destinasi-destinasi lain di Semenanjung Malaysia seperti Johor Bahru, Butterworth, Klang, Pulau Pinang dan pelbagai lagi.

Laluan-laluan popular yang disediakan oleh Prisma Express adalah bas dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru dan Johor Bahru ke Kuala Lumpur. Tempat bertolak dan ketibaan di Kuala Lumpur adalah sama ada di Terminal Bas Hentian Duta atau Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Manakala, tempat bertolak dan ketibaan di Johor Bahru adalah Terminal Bas Larkin JB. Harga tiket bas antara Kuala Lumpur dan Johor Bahru bermula dari RM 34.50 untuk satu perjalanan.

Ketahui lebih lanjut tentang perkhidmatan bas antara Kuala Lumpur dan Johor Bahru yang disediakan oleh Prisma Express di BusOnlineTicket.com sekarang. Anda boleh menyemak ketersediaan tiket dan tempahlah tiket bas online melalui BusOnlineTicket.com atau aplikasi mudah alih kami yang mesra pengguna yang boleh dimuat turun secara percuma di App Store atau Google Play untuk mendapatkan BOT Miles. Pengesahan tiket adalah segera di BusOnlineTicket.com.