Bas LA Holidays dari Johor Bahru ke Klang dan Shah Alam

Perkhidmatan Bas LA Holidays antara Johor Bahru dan Klang atau Shah Alam

Perjalanan Bas dari Johor Bahru ke Klang dan Shah Alam dengan LA Holidays Express

Hi semua, BusOnlineTicket.com ada berita gembira untuk dikongsi bersama dengan anda semua! LA Holidays kini menawarkan perkhidmatan bas antara Johor Bahru dan Klang atau Shah Alam. Layari portal tempahan tiket yang paling dipercayai BusOnlineTicket.com pada bila-bila masa dan dimana jua anda berada. Tempahan tiket bas kini jauh lebih mudah secara online!

LA Holidays Express ialah syarikat bas ekspres yang beribu pejabat di Kuala Lumpur. Dengan rekod perkhidmatan yang cemerlang, para penumpang akan selalu menikmati perjalanan yang selesa dan santai sesuai dengan tambang yang berpatutan. Kesemua bas LA Holidays cukup dilengkapi dengan penghawa dingin, tempat duduk boleh laras dan ruang kaki yang luas untuk keselesaan anda sepanjang perjalanan bas yang jauh. Tambahan lagi, bas mereka juga mempunyai port pengecas USB dan WiFi percuma untuk kemudahan penumpang mereka!

Laluan bas yang disediakan oleh LA Holidays Express:

Anda boleh mendapatkan tiket bas antara Johor Bahru dan Klang dan tiket bas antara Johor Bahru and Shah Alam hanya dari RM38 sehala! Tempat mengambil dan menurunkan penumpang di Johor Bahru terletak di Terminal Bas Larkin manakala tempat mengambil dan menurunkan penumpang di Klang dan Shah Alam masing-masing terletak di Terminal Bas Klang Sentral dan Terminal Bas Shah Alam.

Dapatkan tiket bas anda secara online! Tempah tiket bas online anda di BusOnlineTicket.com atau melalui aplikasi BusOnlineTicket yang boleh dimuat turun secara percuma di App Store dan Google Play. Kesemua tempahan melalui BusOnlineTicket.com akan segera disahkan setelah pembayaran berjaya dilakukan.