LA Holidays Express Bas Antara Kuala Lumpur & Mersing (Laluan Masuk ke Pulau Tioman)

LA Holidays Express Bas Antara Kuala Lumpur & Mersing dari RM60

Bas dari Kuala Lumpur ke Mersing dengan LA Holidays Express

Sebagai laluan masuk utama ke Pulau Tioman, Mersing telah menjadi salah satu destinasi pelancong paling popular di Malaysia. Untuk memenuhi permintaan pengunjung, LA Holidays Express kini menawarkan perkhidmatan bas terus antara Kuala Lumpur dan Mersing. Nikmati kemudahan dan tempah tiket bas LA Holidays Express online lebih awal di BusOnlineTicket.com sekarang!

LA Holidays Express adalah syarikat bas ekspres yang agak baru yang beribu pejabat di Kuala Lumpur. Di samping perkhidmatan bas ekspres mereka sendiri, LA Holidays Express juga merupakan rakan kongsi KKKL dan menyediakan bas dari Kuala Lumpur ke Singapura, Kuala Lumpur ke Johor, Genting Highlands ke Singapura dan Genting Highlands ke Johor. Dengan rekod prestasi mereka yang sangat baik, penumpang berasa yakin untuk mengambil perkhidmatan bas LA Holidays Express ke destinasi mereka.

Laluan bas baru yang disediakan oleh LA Holidays Express adalah seperti berikut:

Mereka yang gemar dengan percutian di tepi pantai serta aktiviti menyelam dan ingin melawat Pulau Tioman pasti gembira dengan perkhidmatan bas baru ini. Sila maklum bahawa perkhidmatan bas ini boleh ditempah untuk perjalanan dari 1 Mac 2019 hingga 31 Oktober 2019 sahaja. Harga tiket bas antara Kuala Lumpur dan Mersing yang disediakan oleh LA Holidays Express adalah dari RM 60.00 satu perjalanan. Tempat bertolak dan ketibaan di Kuala Lumpur terletak di 5 Elements Hotel (Chinatown, Jalan Sultan) atau Berjaya Times Square. Sementara itu, tempat bertolak dan ketibaan di Mersing terletak di Jeti Mersing.

Merancang untuk bercuti di sebuah pulau tropika dengan penginapan yang mewah? Pilih perkhidmatan bas LA Holidays Express antara Kuala Lumpur dan Mersing dan tempahlah tiket bas anda dari BusOnlineTicket.com. E-mel pengesahan tempahan akan dihantar kepada anda sebaik sahaja pembayaran diterima.