Jasa Pelangi Ekspres Bas dari KL ke Kuala Terengganu dan banyak lagi

Jasa Pelangi Ekspres Bas dari Kuala Terengganu ke KL, Kuantan, Shah Alam

Beli Tiket Bas Jasa Pelangi Ekspres Online

Tiket bas Jasa Pelangi Ekspres kini boleh ditempah secara online di BusOnlineTicket.com! Anda kini boleh tempah tiket bas anda lebih awal untuk perjalanan ke Pantai Timur, terutamanya ke Terengganu dengan mudah.

Ditubuhkan pada 2007, Jasa Pelangi Ekspres kini merupakan salah satu pengusaha bas yang terkenal dan bereputasi di kawasan Pantai Timur Malaysia. Berpusat di Kuala Terengganu, Jasa Pelangi Ekspres adalah pilihan utama masyarakat tempatan kerana kualiti perkhidmatan mereka yang terbaik dan menepati masa. Tambahan lagi, perkhidmatan bas mereka menjamin keselesaan dan keselamatan para penumpang.

Laluan bas popular yang Jasa Pelangi Ekspres tawarkan termasuk bas dari KL ke Kuala Terengganu dan bas dari Kuala Terengganu ke KL. Tempat mengambil dan menurunkan penumpang di Kuala Terengganu terletak di Kuala Terengganu Bus Terminal. Sementara itu, di Kuala Lumpur, tempat mengambil dan menurunkan penumpang adalah di Terminal Bersepadu Selatan (TBS).

Selain bas dari KL ke Terengganu, Jasa Pelangi Ekspres juga menyediakan bas ekspres dari Kuala Terengganu ke Kuantan, Shah Alam dan banyak lagi. Anda boleh semak laluan lain yang tersedia di laman tempahan.

Tempah tiket bas Jasa Pelangi Ekspres lebih awal secara online di BusOnlineTicket.com untuk mengelakkan kekecewaan. Laman web kami menawarkan pelbagai cara pembayaran untuk anda pilih termasuk kad kredit dan perbankan internet bagi memudahkan proses penempahan tiket bas. Tempah tiket bas anda sekarang!