Bas Ekspres Adik Beradik Antara Kuala Lumpur dan Kuala Terengganu

Bas Ekspres Adik Beradik Antara Kuala Lumpur dan Kuala Terengganu

Bas Ekspres Adik Beradik Antara Kuala Lumpur dan Kuala Terengganu

BusOnlineTicket.com ingin mengucapkan selamat datang kepada pengusaha bas yang baru menyertai kami iaitu bas ekspres Adik Beradik. Adik Beradik kini menawarkan perkhidmatan tempahan tiket bas secara online di BusOnlineTicket.com. Kami percaya kerjasama antara BusOnlineTicket.com dan bas ekspres Adik Beradik dapat memberikan keselesaan kepada pelanggan kami dan secara tidak langsung meningkatkan pengalaman baik kepada pengguna kami.

Bas Adik Beradik Express diuruskan oleh Agensi Pelancungan D & Adik Beradik Sdn Bhd (APDAB). Syarikat ini membangun dan berkembang dengan cepat sejak 3 hingga 4 tahun yang lalu dalam industri perkhidmatan bas ekspres dan pelancongan di Semenanjung Malaysia. Hari ini, bilangan bas mereka telah meningkat kepada 22 unit, termasuk 18 bas ekspres, 3 bas yang disewa dan 1 bas pelancong. Semua bas ekspres mereka adalah bas satu tingkat dengan kapasiti 30 tempat duduk.

Laluan popular yang disediakan oleh Adik Beradik termasuk perkhidmatan bas dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu dan bas dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur. Titik bertolak dan ketibaan di Kuala Lumpur terletak di hab pengangkutan utama di Kuala Lumpur iaitu Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Tambahan lagi, tempat bertolak dan ketibaan bas di Kuala Terengganu terletak di Hentian Bas MPKT. Harga tiket bas untuk perkhidmatan bas antara Kuala Lumpur dan Kuala Terengganu bermula daripada RM43.50.

Tempah tiket bas anda di BusOnlineTicket.com untuk perjalanan bas antara Kuala Lumpur dan Kuala Terengganu dengan bas ekspres Adik Beradik sekarang. Tempahan tiket bas online dengan BusOnlineTicket.com sangat mudah. Anda akan mendapat e-mel pengesahan tempahan hampir serta-merta setelah anda melengkapkan proses tempahan dan pembayaran secara online.