Bas Neoliner Express Antara Kuala Lumpur dan Johor Bahru

Bas Neoliner Express Antara Kuala Lumpur dan Johor Bahru

Bas Neoliner Express Antara Kuala Lumpur dan Johor Bahru

BusOnlineTicket.com sangat mengalukan-alukan kedatangan Neoliner Express, sebuah syarikat bas yang baru sahaja menyertai BusOnlineTicket.com. Mulai sekarang, semua orang boleh menempah tiket bas Neoliner Express secara online di BusOnlineTicket.com bagi menjimatkan masa dan kerumitan dari pergi ke kaunter semata-mata untuk membeli tiket.

Neoliner Express yang diuruskan oleh Neoliner Sdn Bhd merupakan salah satu syarikat pengangkutan terkemuka yang menawarkan perkhidmatan bas santai dan selamat untuk penumpang di Semenanjung Malaysia. Neoliner Express telah menyediakan perkhidmatan bas yang terbaik dan para pemandu adalah terlatih bagi memastikan keselamatan penumpang sepanjang perjalanan.

Perkhidmatan bas paling popular yang disediakan oleh Neoliner Express termasuk perkhidmatan bas dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru dan Johor Bahru ke Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur, Neoliner Express menawarkan kemudahan tempat mengambil dan menurunkan penumpang yang terletak di hab utama pengangkutan di Kuala Lumpur iaitu Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Manakala, tempat bertolak dan ketibaan di Johor Bahru pula adalah di Terminal Bas Larkin Sentral. Harga tiket bas antara Kuala Lumpur dan Johor Bahru bermula dari RM 35.00.

Tempah tiket bas anda dari Kuala Lumpur dan Johor Bahru dengan Neoliner Express melalui BusOnlineTicket.com hari ini! BusOnlineTicket.com menerima pembayaran melalui kad kredit, perbankan internet, Paypal, Alipay dan pelbagai lagi cara pembayaran yang memudahkan tempahan online untuk semua. Pengesahan tiket adalah segera di BusOnlineTicket.com.