LA Holidays Express Menawarkan Bas Antara Klang atau Shah Alam dan Kuantan

LA Holidays Bas dari Klang/Shah Alam ke Kuantan dari RM29

Perkhidmatan Bas Antara Klang atau Shah Alam dan Kuantan dengan LA Holidays Express

Kami sangat teruja untuk berkongsi dengan anda bahawa LA Holidays telah melancarkan perkhidmatan baru untuk bas antara Klang, Shah Alam atau Terminal Bersepadu Selatan Kuala Lumpur (TBS) dan Kuantan atau Universiti Malaysia Pahang (UMP Gambang). Semua orang boleh menikmati akses 24/7 ke portal tempahan atas talian kami dan tempah tiket bas LA Holidays Express tanpa sebarang masalah. Dapatkan tiket bas LA Holidays Express sekarang hanya dengan satu klik di BusOnlineTicket.com!

LA Holidays adalah syarikat bas eskpres yang agak baru dan beribu pejabat di Kuala Lumpur. Selain daripada perkhidmatan bas eskpres sendiri, LA Holidays Express juga adalah rakan kongsi KKKL, menyediakan bas daripada Kuala Lumpur ke Singapura, Kuala Lumpur ke Johor, Genting Highlands ke Singapura, dan Genting Highlands ke Johor. Dengan rekod prestasi mereka yang cemerlang, penumpang selesa menggunakan perkhidmatan bas LA Holidays Express ke destinasi mereka.

Laluan bas baru yang ditawarkan oleh LA Holidays Express adalah seperti berikut:

Harga tiket untuk bas antara Klang dan Kuantan dan bas antara Shah Alam dan Kuantan adalah daripada RM 29.00 sehala. Pusat perlepasan dan ketibaan di Kuantan terletak di Terminal Bas Kuantan Sentral manakala pusat perlepasan dan ketibaan di Klang dan Shah Alam masing-masing terletak di Terminal Bas Klang Sentral dan Terminal Bas Shah Alam. Tambahan lagi, LA Holidays juga akan mengambil dan menurunkan penumpang di UMP bagi memudahkan pelajar UMP di Gambang.

Dapatkan tiket untuk perkhidmatan bas Klang ke Kuantan dan perkhidmatan bas Shah Alam ke Kuantan sekarang di BusOnlineTicket.com dan nikmati perjalanan bas yang selesa bersama LA Holidays Express. Anda juga boleh menempah tiket bas anda melalui BusOnlineTicket Mobile Apps yang boleh dimuat turun secara percuma di App Store dan Google Play. Semua tempahan melalui BusOnlineTicket.com akan segera disahkan setelah pembayaran berjaya dilakukan.

Tempah Sekarang