Utama Express

 
Utama-ExpressUtama-Express
 

Bas Utama Express dari Kuantan ke KL, Ipoh, Lumut dan Banyak Lagi

Perjalanan dengan bas ekspres dari dan ke Kuantan kini adalah lebih mudah apabila anda boleh tempah tiket bas online. Lebih mudah lagi, Utama Express kini telah menyertai BusOnlineTicket.com untuk menyediakan tempahan tiket online! Oleh itu, kini anda boleh tempah tiket bas Utama Express dari Kuantan ke KL dan banyak lagi di laman web kami.

Utama Express adalah antara pengusaha bas yang paling bereputasi dan berpengaruh di Kuantan. Dirasmikan pada 1978, Utama Express telah berkembang dengan pesat pada setiap tahun dan menjadi salah satu pembekal perkhidmatan bas ekspres yang terbaik di Malaysia. Laluan bas popular oleh Utama Express termasuklah dari Kuantan ke Kuala Lumpur, Ipoh, Lumut dan banyak lagi.

Terdapat dua jenis bas yang dimiliki oleh Utama Express iaitu bas satu tingkat dan bas dua tingkat. Kesemua bas cukup dilengkapi dengan penghawa dingin dan tempat duduk yang luas untuk memastikan perjalanan yang selesa untuk semua penumpang. Kemudahan lain yang disediakan di dalam bas Utama Express termasuk tempat pengecas USB dan skrin DVD.

Tambahan lagi, untuk memastikan keselamatan para penumpang, Utama Express juga menyediakan sistem GPS dan pengehad kelajuan untuk bas mereka. Oleh itu, para penumpang dapat mengambil perkhidmatan bas Utama Express dengan selamat tanpa sebarang kerisauan.

Anda boleh semak jadual dan tambang tiket Utama Express di portal tempahan mesra pengguna kami. Tempahan online adalah mudah dengan pelbagai pilihan pembayaran seperti kad kredit dan perbankan online. Jadi, jangan buang masa dan tempah tiket bas online Utama Express dengan mudah di BusOnlineTicket.com sekarang!

Alamat Utama Express

Utama Ekspres Sdn Bhd
Lot 116 Kawasan Perindustrian Semambu,
25350 Kuantan, Pahang
No Tel : 09-5661517
No Fax : 09-5661877

Utama Express Jadual & Tiket

Cari

g/js/select_operator_wpTrips.js?v0.4.0">