img-bg

Terminal Bas Kamunting Taiping

Tempah Tiket Bas Online

Kamunting Bus Terminal
Kamunting Raya Bus Terminal

Lokasi: Kamunting, Perak

Terminal Bas Kamunting

Terminal Bas Kamunting Raya, juga dikenali sebagai Terminal Bas Ekspress Kamunting Raya ialah sebuah terminal bas terbuka. Terminal bas tersebut terletak di Daerah Larut, Matang dan Selama Perak dan berkhidmat kepada masyarakat sebagai terminal utama di kawasan Kamunting. Pada masa ini, terdapat banyak pengusaha bas yang menggunakan Terminal Bas Kamunting Raya sebagai tempat berlepas dan ketibaan laluan bas mereka. Selain itu, pengguna juga boleh menaiki bas tempatan yang terdapat di terminal untuk pergi ke tempat dan pekan berhampiran.

Dimanakah lokasi Terminal Bas Kamunting?

Terminal Bas Kamunting Raya terletak berhampiran dengan Pasar Minggu Kamunting dan KFC Kamunting.
Lihat dalam Peta Google »

Laluan Bas Popular di Terminal Bas Kamunting

Penumpang boleh membeli tiket Terminal Bas Kamunting Raya secara dalam talian dan menempah untuk perjalanan dari atau ke Kamunting di BusOnlineTicket.com. Kami bekerjasama dengan pelbagai operator untuk menyediakan portal tempahan dalam talian yang paling komprehensif untuk pelanggan kami. Anda boleh menyemak jadual bas, bandingkan harga dan menempah tiket bas yang berlepas dari Terminal Bas Kamunting Raya dan banyak terminal dan lokasi bas lain di laman web kami.

Berikut ialah beberapa laluan bas Terminal Bas Kamunting Raya yang popular untuk tempahan dalam talian:

Semak jadual untuk tempahan bas dalam talian lain »

Bas Popular di Terminal Bas Kamunting Raya

Macam mana nak pergi Terminal Bas Kamunting?

Bagi pengembara yang ingin sampai ke terminal dari kawasan jiran, mereka boleh mempertimbangkan untuk menaiki bas awam iaitu Rapid Kamunting. Selain itu, perjalanan dari bandar Taiping ke terminal bas Kamunting dengan menaiki kereta, hanya mengambil masa lebih kurang 15 minit untuk sampai ke destinasi. Selain itu, teksi dan GrabCar juga menjadi pilihan kaedah perjalanan.

Maklumat Terminal Bas Kamunting Raya

Kamunting Raya,
34600 Kamunting, Perak
Telefon : N/A

Kemudahan di Terminal Bas Kamunting Raya

Walaupun tidak banyak kemudahan di Terminal Bas Kamunting Raya, pengembara masih boleh mencari kemudahan asas termasuk tandas dan kaunter tiket di terminal bas. Selain itu, kawasan menunggu terlindung dan tempat duduk juga disediakan untuk pelancong berehat. Bagi mengisi kelaparan, pengembara boleh memilih untuk menjamu selera di gerai makan dan restoran seperti KFC Kamunting yang terletak di sekitar terminal bas.

Selain itu, penumpang juga boleh mendapatkan perkhidmatan teksi dan van di sebelah terminal. Perkhidmatan ini meningkatkan kemudahan penumpang untuk pergi ke destinasi seterusnya semasa ketibaan.

Kenapa Tempah Tiket Bas Kamunting Online?

  • Tiada log masuk diperlukan untuk menempah
  • Peroleh mata kesetiaan & tebus diskaun
  • Pelbagai kaedah pembayaran selamat termasuk eWallet
  • Portal tempahan dalam talian yang paling dipercayai
  • Sehingga 200 pilihan operator
  • Lebih daripada 8,000 laluan


Soalan Lazim

Bagaimana untuk membeli tiket bas dari atau ke Terminal Bas Kamunting?

Anda boleh membeli tiket bas Terminal Bas Kamunting dari kaunter tiket di terminal bas di Kamunting. Cara lebih mudah ialah menempah tiket Terminal Bas Kamunting Raya secara dalam talian di BusOnlineTicket.com atau melalui aplikasi mudah alih BusOnlineTicket .

Adakah saya perlu mendaftar untuk menempah tiket bas Kamunting dalam talian?

Tidak. Tetapi anda digalakkan untuk mendaftar supaya anda boleh memperoleh mata kesetiaan dan menebus diskaun untuk tempahan masa hadapan. Ahli juga boleh menikmati faedah BOT GoFlexi dan banyak diskaun eksklusif lain.

Syarikat bas mana yang tersedia untuk tempahan dalam talian?

Kami mempunyai sehingga 200 operator tersedia untuk tempahan. Anda boleh menyemak senarai penuh operator bas di laman web kami. Bas popular di Terminal Bas Kamunting termasuk Transit Perak, Ekspres Perdana, Ekspres Starmart dan banyak lagi.

Laluan bas yang manakah tersedia untuk tempahan dalam talian?

Kami mempunyai lebih daripada 8,000 laluan yang tersedia untuk tempahan bas termasuk bas antara Malaysia dan Singapura dan bas antara Malaysia dan Thailand. Anda boleh menempah tiket bas Kamunting untuk ke Kuala Lumpur, Ipoh, Butterworth dan banyak lagi di laman web kami. Semak ketersediaan perjalanan dalam talian sekarang!

Adakah saya perlu mencetak apa-apa untuk menaiki bas jika saya menempah tiket dalam talian?

Anda boleh menunjukkan Pengesahan Tempahan yang kami hantar ke e-mel anda untuk menaiki bas. Pengesahan tempahan kebanyakannya adalah serta-merta, jika anda belum menerima pengesahan tempahan anda dalam masa 30 minit, anda boleh menghubungi perkhidmatan pelanggan kami melalui e-mel atau hubungi kami .

Adakah harga tiket yang ditawarkan di BusOnlineTicket.com sama dengan kaunter?

Kebanyakan harga tiket yang terdapat di laman web kami adalah sama dengan kaunter. Walau bagaimanapun, kami mengenakan jumlah minimum yuran pemprosesan, walaupun dalam kebanyakan kes, yuran pemprosesan diketepikan bergantung pada operator yang anda pilih.

Terminal Popular Lain di Perak