img-bg

Arwana Express

Tempah Tiket Bas Online

Arwana Express Bus
Arwana Express Bus Seats
Penarafan : (144 undi)

Bas Ekspres dari Lumut dan Manjung ke Johor Bahru, Batu Pahat dan Muar

Arwana Express adalah pengusaha bas yang khusus bagi perkhidmatan bas antara hilir Perak dan selatan Johor Malaysia. Antara perkhidmatan bas mereka yang terkenal adalah Lumut ke Johor Bahru, Manjung ke Johor Bahru, Lumut ke Batu Pahat, Manjung ke Batu Pahat, Lumut ke Muar dan Manjung ke Muar. Dengan pengusaha bas yang terhad bagi laluan bas ini, Arwana Express pantas dalam menjadi pilihan pertama masyarakat tempatan yang menyediakan perkhidmatan bas di dua kawasan ini.

Perkhidmatan & Reputasi Bas Arwana Express

Arwana Express menyediakan 2 bas dari Lumut dan Manjung ke Muar dan Batu Pahat dan 4 bas dari Lumut dan Manjung ke Johor Bahru setiap hari. Bas yang berlepas dari Lumut dan Manjung akan ke Muar dan Batu Pahat. Jangkaan tempoh perjalanan adalah 8-9 jam.

Bas-bas yang disediakan adalah dalam keadaan yang sangat baik dan lengkap dengan penghawa dingin. Bas VIP mempunyai 30 tempat duduk dengan susunan 3 kerusi yang disusun rapi di dalam satu barisan. Tempat duduk boleh laras dan ruang kaki yang luas memastikan perjalanan yang selesa untuk para penumpang mereka.

Alamat Arwana Express

Alamat
No. 6962, Jalan Lumut,
Kampung Pundut, 32200 Lumut,
Perak, Malaysia
No. Tel: 05-683 4976

Tempah Tiket Bas Arwana Express Online

Arwana Express telah menyertai BusOnlineTicket.com untuk menawarkan tempahan tiket bas online. Anda kini boleh tempah tiket bas anda dari Manjung atau Lumut ke Batu Pahat dan Muar secara online. Selain dari menjimatkan masa dan kos, anda juga boleh menempah tempat duduk anda lebih awal untuk mengelakkan kekecewaan terutamanya semasa hari minggu dan cuti umum.

Tempah Tiket