| Laluan | Bas Pertama | Bas Terakhir | Harga dari | |
|---|---|---|---|---|
| Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu | 07:00 | 23:59 | RM 20.00 | |
| Temerloh ke Kuala Terengganu | 10:00 | 22:00 | RM 12.00 | |
| Johor Bahru ke Kuala Terengganu | 08:30 | 23:55 | RM 30.00 | |
| Kuala Terengganu ke Kuala Terengganu | 08:45 | 23:45 | RM 19.00 | |
| Shah Alam ke Kuala Terengganu | 07:00 | 23:00 | RM 28.00 |
| Laluan | Bas Pertama | Bas Terakhir | Harga dari | |
|---|---|---|---|---|
| Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur | 07:15 | 23:50 | RM 20.00 | |
| Kuala Terengganu ke Shah Alam | 08:00 | 22:30 | RM 25.50 | |
| Kuala Terengganu ke Johor Bahru | 08:30 | 20:00 | RM 30.00 | |
| Kuala Terengganu ke Temerloh | 08:30 | 22:35 | RM 12.00 | |
| Kuala Terengganu ke Kuala Terengganu | 08:30 | 23:15 | RM 19.50 |
Buat jiwa backpacker dah tiba masanya untuk merancang trip anda seterusnya ke negeri pantai timur yang kaya dengan pantai dan pulaunya, Kuala Terengganu. Indah pesona pesisir pantai dengan laut biru yang tenang menjadikan Kuala Terengganu sebagai tempat yang sesuai untuk bercuti sambil menikmati pantai dan pulau-pulau yang cantik. Budaya yang pelbagai seperti mencanting batik, ulek mayang, seni ukir kayu dan pelbagai festival tempatan seperti mencandat sotong menjadikan negeri ini kaya dengan budaya yang tidak lekang dek zaman.
Sekiranya anda ingin menerokai negeri ini dan berasal dari bandar besar seperti Kuala Lumpur, anda dicadangkan untuk menggunakan bas sebagai pengangkutan utama disamping mesra poket, anda dapat menikmati pemandangan sepanjang perjalanan terutamanya apabila memasuki negeri Terengganu. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu ini melalui 2 jenis jalan iaitu melalui lebuhraya Pantai Timur untuk perjalanan singkat dan sekiranya anda ingin menikmati pemandangan pantai mungkin perlu memilih bas operator yang menggunakan jalan pesisir pantai untuk ke bandar Kuala Terengganu.
Terdapat pelbagai aktiviti yang anda boleh lakukan sepanjang percutian di Kuala Terengganu dengan bajet yang rendah. Kepada pencinta makanan melayu pantai timur di Kuala Terengganu adalah syurga makanan untuk anda. In perkara yang utama perlu anda lakukan setibanya anda di Kuala Terengganu.
Pelbagai juadah yang enak yang ada di negeri ini dari segi lauk-pauknya, kuih muih tradisional dan pelbagai lagi makanan yang menjadi lambang identiti Terengganu. Sekiranya anda berkesempatan untuk meneroka tempat-tempat makan ini, kami mencadangkan anda untuk mencuba ikan celup tepung dan keropok lekor original di negeri ini. Tak rugi!
Negeri Terengganu kaya dengan pelbagai budaya, seni dan karangkraf tempatan yang menarik. Misalnya ulek mayang, dikir barat, tenunan songket, mencanting batik dan banyak lagi yang merupakan sumber tarikan utama pelancong asing ke negeri ini kerana kaya dengan budaya tradisional yang unik dan pelbagai.
Buat pengunjung pencinta alam, Terengganu merupakan lokasi percutian yang bersesuaian dengan jiwa anda. Pada hujung April hingga September negeri ini menganjurkan aktiviti mencandat sotong di kawasan tertentu yang pastinya menarik minat pelancong luar dan warga tempatan. Terutamanya peminat makanan laut dan peminat kaki mancing.Selain itu, negeri ini juga melakukan program pelepasan anak penyu di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Pantai, Rantau Abang atau di mana-mana pusat santuari penyu yang ada di negeri ini. Anda perlu melakukan sedikit pencarian di internet untuk maklumat lanjut.
Terengganu terkenal dengan pulau dan pantai yang cantik. Sekiranya, anda dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu dengan menaiki bas, sila rancang trip awal ke pulau-pulau yang anda ingin terokai. Pelbagai aktiviti yang menarik anda boleh lakukan di Pulau-pulau yang ada di Terengganu seperti snorkeling, diving, island hopping, memancing dan lain-lain. Pulau-pulau tersebut adalah Pulau Perhentian, Pulau Lang Tengah, Pulang Redang dan Pulau Kapas yang berdekatan dengan bandar Kuala Terengganu. Anda boleh menaiki jeti untuk ke pulau tersebut dari jeti Marang.
Pulau Kapas merupakan pulau yang ada berdekatan dengan bandar Kuala Terengganu. Anda sebagai backpacker jangan lepaskan peluang seperti ini sekiranya singgah di negeri penyu ini. Pulau Kapas terletak kira-kira 6 kilometer dari jeti Marang. Air laut yang biru, pasir pantai yang cantik, langit yang luas pasti akan membuatkan anda healing. Pemandangan yang menenangkan akan buat anda tenang dan menikmati percutian anda dengan seronok. Anda boleh menaiki bot laju dari jeti Marang untuk ke Pulau Kapas.
Perjalanan dari jeti Marang ke Pulau Kapas mengambil masa 15 min ke 20 min dengan menggunakan servis operator bot dari Makcik Gemuk atau MGH Boat Services. Anda boleh membuat tempahan tiket feri melalui website BusOnlineTicket.com dengan mudah sekali! Hanya di hujung jari anda. Harga yang dikenakan di website kami adalah sama dengan yang dicaj oleh operator feri dengan tidak termasuk servis yuran pemprosesan. Purata harga tambang adalah RM20 sehala.
Harga tambang ini tidak termasuk yuran taman laut. Anda dikehendaki membayar yuran tersebut sebelum mengunjungi Pulau Kapas dan pulau-pulau disekitarnya, caj ini dikenakan sebagai cas pemuliharaan. Hasil dari kutipan tersebut merupakan hasil kerajaan yang dimasukkan ke dalam Tabung Amanah Taman Laut dan Rizab Laut yang akan digunakan untuk tujuan pengurusan dan penyelenggaraan Taman-taman Laut bagi menyediakan kemudahan dan keselesaan kepada pengunjung. Kadar dan kategori adalah seperti berikut:
| Kategori | Pemegang MYKAD | Bukan Pemegang MYKAD |
|---|---|---|
| Dewasa | RM 5.00 | RM 30.00 |
| Kanak-kanak (6-12 tahun) dan warga emas untuk 60 tahun ke atas | RM 2.00 | RM 15.00 |
| Orang Kurang Upaya (OKU) | Percuma | Percuma |
Jika anda ingin menempah tiket bas dengan BusOnlineTicket.com, daftar sebagai ahli sekarang untuk menikmati diskaun eksklusif 50%! Tawaran istimewa ini khas untuk ahli baru. Selain itu, anda juga berpeluang menikmati pelbagai kelebihan sebagai ahli. Hanya pilih lokasi pelepasan pilihan anda ke Kuala Terengganu dan gunakan kod BOTNEW semasa tempahan. Tertakluk kepada terma & syarat.
Perkara yang penting apabila hendak membuat tempahan bas adalah mengetahui ke mana tujuan anda. Misalnya, anda hendak pulang ke Kuala Terengganu dari bandar-bandar besar atau daerah lain seperti:
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu mengambil masa lebih kurang 5-6 jam untuk jarak 461 KM dengan menggunakan bas ekspres dari Terminal Bersepadu Selatan ke Terminal Kuala Terengganu bergantung pada kelajuan pemandu bas operator yang berbeza dan keadaan trafik. Bas ekspres yang menjadi pilihan utama adalah jenis ekonomi dua tingkat (2+1) dan yang menawarkan harga berpatutan kerana laluan ini merupakan laluan yang popular di kalangan backpacker dan penduduk lokal yang sering menggunakan bas ekspres.
Berikut merupakan senarai operator bas yang popular ke Kuala Terengganu, Pahang:
Purata harga tambang Kuala Terengganu dari Kuala Lumpur bermula dari RM40 sehingga RM55 bergantung pada operator bas yang di pilih.
Terdapat kaunter dan kiosk tiket layan diri sekiranya anda ingin membuat pembelian tiket bas pada hari yang sama dan kami menggalakkan anda untuk membuat tempahan awal di laman web BusOnlineTicket.com supaya anda boleh membuat pilihan dan perbandingan dari harga tiket, tarikh berangkat, tempat duduk, operator bas dengan santai.
Sekiranya anda memilih untuk melakukan tempahan secara online anda boleh dapatkan boarding pass sebagai pass masuk ekspres tanpa perlu beratur untuk mencetak boarding pass anda pada hari pelepasan.