| Laluan | Bas Pertama | Bas Terakhir | Tambang dari | |
|---|---|---|---|---|
| Kuala Lumpur ke Kota Bharu | 09:00 | 23:00 | RM 40.00 | |
| Gombak ke Kota Bharu | 09:30 | 22:30 | RM 40.00 | |
| Johor Bahru ke Kota Bharu | 09:15 | 22:00 | RM 63.00 | |
| Kuantan ke Kota Bharu | 08:30 | 23:00 | RM 35.00 | |
| Shah Alam ke Kota Bharu | 08:15 | 21:45 | RM 42.00 |
| Laluan | Bas Pertama | Bas Terakhir | Tambang dari | |
|---|---|---|---|---|
| Kota Bharu ke Kuala Lumpur | 08:00 | 22:30 | RM 40.00 | |
| Kota Bharu ke Shah Alam | 09:00 | 22:30 | RM 42.50 | |
| Kota Bharu ke Johor Bahru | 08:30 | 21:00 | RM 58.80 | |
| Kota Bharu ke Kuantan | 08:15 | 22:35 | RM 35.00 | |
| Kota Bharu ke Penang | 09:00 | 22:00 | RM 41.30 |
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu, Kelantan mengambil masa lebih kurang 8 jam untuk jarak 447 KM dengan menggunakan bas ekspres dari Terminal Bersepadu Selatan ke Terminal Kota Bharu, Kelantan bergantung pada kelajuan pemandu bas operator yang berbeza dan keadaan trafik. Bas ekspres yang menjadi pilihan utama adalah jenis ekonomi dua tingkat (2+1) dan yang menawarkan harga berpatutan kerana permintaan yang tinggi ini datang dari bilangan pelajar universiti awam dan swasta yang kerap pulang apabila cuti awam dan semester di universiti. Berikut merupakan senarai operator bas yang popular ke Kota Bharu, Kelantan.
Setiap kali musim perayaan terutamanya Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha lebuhraya pantai timur sentiasa dipenuhi pelbagai jenis kenderaan seperti kereta, lori dan bas kerana warga kota berasak-asak pulang ke kampung, terutamanya Kota Bharu, Kelantan. Bilangan perantau dari pantai timur terutamanya dari pelbagai ibu kota sering menggunakan jalan ini untuk pulang menggunakan bas ekspres apabila musim perayaan untuk mengelak menambah kesesakan dan memandu di lebuh raya pantai timur yang padat dan sesak.
Pelbagai tiket bas operator habis terjual apabila musim perayaan. Maka, bilangan tiket bas ke Pantai Timur ini mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan orang yang tinggal di bandar seperti pelajar dan anak pantai timur yang berhijrah ke kota besar. Oleh itu, amat penting untuk membuat perancangan awal apabila hendak menempah tiket bas. Berikut merupakan apa yang perlu anda lakukan sekiranya anda ingin tempah tiket bas ke Kota Bharu, Kelantan.
Selain mempunyai permintaan tiket bas yang tinggi di kalangan orang dewasa yang bekerja, pelajar juga merupakan penyumbang terbesar kepada permintaan yang tinggi tiket bas apabila musim perayaan tiba kerana pelajar akan bercuti dalam tempoh yang lama. Amat penting untuk pelajar merancang tarikh perjalanan dan tempat pemilihan pelepasan untuk mengelakkan pembatalan tiket bas, kelewatan ketika hari pelepasan dan lain-lain perkara yang boleh merosakkan mood bercuti. Berikut merupakan Universiti yang ada berdekatan dengan Terminal Kota Bharu, Kelantan.
Terminal bas yang berdekatan dengan universiti dapat membantu pelajar untuk menjimatkan kos pengangkutan, merancang perjalanan dan memudahkan pergerakan pelajar ke terminal bas. Maka, pelajar yang tinggal di Kelantan dapat pulang dengan senang hati ke kampung halaman mereka.
Penting untuk merancang dan memilih terminal bas yang berdekatan dengan kediaman untuk mengelakkan diri dari lewat ke destinasi. Di sarankan untuk membuat tempahan awal secara atas talian melalui BusOnlineTicket.com supaya dapat menjadwalkan waktu, tarikh dan terminal bas yang bersesuai untuk mengelakkan kesulitan semasa hari pelepasan. Salah satu terminal terbesar di bandar Kuala Lumpur yang mempunyai jaringan pengangkutan awam yang pelbagai dan mudah dicapai adalah Terminal Bersepadu Selatan (TBS).
Terminal Bersepadu Selatan (TBS) mempunyai pelbagai jenis pengangkutan awam seperti KLIA Transit, KLIA Express, Mass Rapid Transit (MRT), Light Trail Transit (LRT), Teksi, Grab dan bas perantara Rapid KL yang boleh menjimatkan kos pengangkutan sebelum berangkat pulang ke kampung halaman. Tambang yang murah, dekat dan mudah perlu dipertimbangkan terutamanya bagi pelajar dan individu yang pertama kali menggunakan bas ekspres untuk ke destinasi pilihan. Purata harga tambang Kota Bharu dari Kuala Lumpur bermula dari RM40 sehingga RM55 bergantung pada operator bas yang di pilih.
Pilih terminal bas yang mempunyai kemudahan fasiliti yang selesa dan selamat supaya waktu menunggu anda boleh digunakan untuk berehat sebelum memulakan perjalanan siang atau malam. Antara kemudahan yang boleh didapati di Terminal Bersepadu Selatan adalah ruangan menunggu berhawa dingin, tandas, surau, medan selera, tempat letak kereta dan banyak lagi.
Terminal ini menyediakan kemudahan Express Boarding supaya anda tidak perlu mencetak boarding pass apabila melalui pintu pelepasan. Express Boarding boleh didapati di BusOnlineTicket.com, hanya perlu pilih syarikat bas yang menawarkan perkhidmatan ini dan seterusnya hanya perlu scan sahaja QR Code yang diberikan melalui emel anda apabila melalui pintu pelepasan.
Rancang perjalanan anda sebaik-baiknya untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini sebelum, semasa dan selepas perjalanan supaya anda dapat berehat dan tenang sepanjang perjalanan ke kampung. Tempah tiket bas anda awal dengan BusOnlineTicket.com, tempah awal tak kalut!
Pilih lokasi laluan anda.Terdapat pelbagai laluan popular yang menjadi pilihan apabila hendak pulang ke Kota Bharu, Kelantan. Misalnya dari bandar-bandar besar di seluruh semenanjung Malaysia seperti:
Selain itu, terdapat juga laluan alternatif yang mempunyai permintaan yang tinggi selain dari laluan bas ke Kota Bharu. Iaitu laluan bas ke Pasir Mas. Anda boleh melayari laman website atau aplikasi BusOnlineTicket.com untuk mengetahui informasi lebih lanjut mengenai laluan bas ekspres yang lain ke Kelantan sekiranya tiket bas ke Kota Bharu, Kelantan habis terjual.