Bas dari Teluk Intan ke Singapura

Jadual Bas dari Teluk Intan ke Singapura >>

Bas dari Teluk Intan ke Singapura adalah perkhidmatan bas permintaan tinggi di Terminal Bas Teluk Intan. Semasa musim perayaan seperti Tahun Baru Cina, harga tiket bas akan menjadi berganda kerana permintaan sangat tinggi dan perkhidmatan bas terhad.

Pengusaha Bas yang Menyediakan Bas dari Teluk Intan ke Singapura

Star Coach dan LPMS adalah dua syarikat pengusaha bas yang menyediakan bas dari Teluk Intan ke Singapura. Mereka menggunakan bas VIP 3 tempat duduk sebaris bagi memastikan keselesaan penumpang selama 8 jam perjalanan ke Singapura.

Selain penduduk Teluk Intan, perkhidmatan bas dari Teluk Intan ke Singapura juga menyediakan perkhidmatan untuk bandar bersebelahan seperti Sabak Bernam, Simpang Empat, dan Sungai Besar. Penduduk dari bandar-bandar tersebut perlu ke Terminal Bas Teluk Intan untuk bertolak ke Singapura kerana bas yang bertolak dari Sabak Bernam, Simpang Empat, dan Sungai Besar ke Singapura adalah terhad.

Kini LPMS adalah satu-satunya perkhidmatan bas dari Simpang Empat, Sungai Besar dan Sabak Bernam ke Singapura. Bas itu mula mengambil penumpang di Terminal Bas Teluk Intan dan seterusnya pergi ke Sabak Bernam, Simpang Empat, Sungai Besar, dan Sekinchan untuk mengambil penumpang sebelum masuk ke lebuhraya ke Singapura. Oleh itu, bas LPMS telah memudahkan penduduk dari Sabak Bernam, Simpang Empat, dan Sungai Besar daripada perlu pergi ke Teluk Intan untuk bertolak.

Tempoh, Harga Tiket, Tempat Ketibaan

Tempoh perjalanan dari Teluk Intan ke Singapura mengambil masa kira-kira 8-9 jam bergantung pada keadaan trafik, terutamanya trafik di kastam. Sekurang-kurangnya 1 perhentian ke tandas akan disediakan. Harga tiket bas dari Teluk Intan ke Singapura dalam lingkungan RM 55.00 – RM 60.00. Harga tiket bas adalah sama dari Sabak Bernam, Simpang Empat, dan Sungai Besar ke Singapura.

Tempat ketibaan LPMS di Singapura adalah Golden Mile Complex manakala tempat ketibaan Star Coach adalah di Concorde Shopping Centre di Outram Road, Chinatown.

Oleh kerana perkhidmatan bas yang terhad dari Teluk Intan ke Singapura, penumpang dinasihatkan untuk menempah tiket bas online Teluk Intan ke Singapura lebih awal di BusOnlineTicket.com bagi mengelakkan kekecewaan. Proses tempahan online adalah mesra pengguna, dan pembayaran terjamin dengan pengesahan segera.


Jadual Bas dari Teluk Intan ke Singapura