Bas dari Bas dari Melaka ke Shah Alam
Jadual Bas dari Melaka ke Shah Alam >>

Bas dari Melaka ke Shah Alam adalah pengangkutan yang paling efisien untuk penduduk tempatan berjalan antara ke dua-dua bandar itu. Ramai penduduk tempatan menggunakan bas yang terus ke Shah Alam dari Melaka. Ini kerana mengambil bas dari Melaka ke Kuala Lumpur memerlukan penumpang untuk bertukar bas bandar dari Kuala Lumpur ke Shah Alam.

Pengusaha Bas dari Melaka ke Shah Alam

Mayang Sari dan Transnasional adalah dua jenama bas dari Melaka ke Shah Alam yang diyakini. Ramai penduduk gemar untuk menaiki bas itu kerana perkhidmatan yang cemerlang, harga berpatutan dan susunan tempat duduk yang selesa.

Transnasional menyediakan 4 kali perlepasan dari Melaka ke Shah Alam sementara Mayang Sari menyediakan 3 kali perlepasan. Bas pertama berkhidmat dari 8.30 pagi dan bas terakhir bertolak dari Melaka Sentral pada 8.15 malam.

Mayang Sari menggunakan bas VIP untuk perjalanan itu. Bas VIP menawarkan tempat duduk yang luas dan ruang kaki besar untuk memastikan keselesaan penumpang bersama Mayang Sari.

Tempoh, Harga Tiket Bas dan Nota

Harga tiket bas dari Melaka ke Shah Alam dicaskan pada kadar RM 15.80. Tempoh diperlukan untuk bas dari Melaka ke Shah Alam kira-kira 2 hingga 2.5 jam bergantung kepada trafik dan keadaan cuaca. Waktu untuk ke tandas turut disediakan sekiranya ada permintaan kepada pemandu sepanjang perjalanan.

Tempat bertolak di Melaka ialah Terminal Bas Melaka Sentral. Tempat ketibaan di Shah Alam ialah Terminal Bas Shah Alam Seksyen 13.

BusOnlineTicket.com. menawarkan pengalaman tempahan online yang dipercayai dan mudah kepada pengguna. Layari BusOnlineTicket.com sekarang dan tempah tiket bas online anda pada bila-bila masa, di mana-mana dan tidak perlu beratur lama di kaunter.


Jadual Bas dari Melaka ke Shah Alam