Jadual Bas dari KL ke Melaka >>
Bas dari KL ke Melaka adalah laluan yang mempunyai kekerapan kerap yang tinggi dari TBS (Terminal Bersepadu Selatan) Kuala Lumpur. Bermula pada awal pagi 7.00 pagi sehingga 11.00 malam terdapat bas berlepas dari TBS ke Melaka setiap 30 minit.
Dari Terminal Bas KL Terminal Bersepadu Selatan
Ekspres KKKL dan Transnasional adalah dua jenama terkenal yang menyediakan perkhidmatan bas dari KL ke Melaka. Warga tempatan memilih jenama ini kerana ketepatan masa dan kekerapan perjalanan. Selain jenama terkenal ini, terdapat jenama lain yang tidak begitu terkenal tetapi berkualiti iaitu Ekspres Delima. Tambang bas dari KL ke Melaka berharga di antara RM 12-13. Tempoh perjalanan dari KL ke Melaka adalah lebih kurang 2 jam bergantung kepada keadaan trafik. Tempat ketibaan di Melaka adalah Melaka Sentral. Waktu rehat tandas akan diberikan bergantung kepada permintaan.
Kerana status Melaka sebagai Tapak Warisan UNESCO, Melaka menjadi destinasi paling digemari oleh pelancong yang dating ke Malaysia. Kebiasaannya pelancong akan menghabiskan beberapa hari untuk melawat tempat menarik di Kuala Lumpur sebelum meneruskan perjalanan ke Melaka. Menaiki bas dari KL ke Melaka adalah cara paling mudah dan murah untuk pengangkutan.
Dari LapanganTerbang KLIA dan KLIA 2
Untuk pelancong yang ingin menaiki bas dari KLIA2 ke Melaka selepas mendarat, hanya Transnasional menyediakan perkhidmatan tersebut. Mereka mempunyai perkhidmatan yang terhad dari KLIA2 ke Melaka setiap hari, maka pelanggan dinasihatkan untuk memastikan masa ketibaan untuk memastikan anda dapat menaiki bas dari KLIA2 ke Melaka. Jika tidak, anda terpaksa mengambil bas berhenti-henti yang disediakan oleh Jetbus dari KLIA2 ke TBS, dan mengambil bas ke Melaka.
BusOnlineTicket.com baru melancarkan perkhidmatan pembayaran di 7-Eleven (terhad di kawasan Lembah Klang sahaja). Ini memudahkan bagi sesiapa yang mahu menempah tiket bas dari KL ke Melaka secara online tanpa menggunakan kredit kad. Penumpang dapat menempah tiket bas secara online untuk menjamin tempat duduk sebelum membuat pembayaran secara tunai dalam tempoh 48 jam di mana-mana kedai 7-Eleven di Lembah Klang.