Bas dari KL ke Lumut

Jadual Bas dari KL ke Lumut >>

Bas dari KL ke Lumut adalah pengangkutan awam yang paling sesuai untuk ke Lumut kerana kurangnya pengangkutan awam lain seperti keretapi dan penerbangan. Untuk mereka yang ingin pergi ke Pulau Pangkor, mengambil bas dari KL ke Lumut adalah cara yang paling mudah kerana Stesen Bas Lumut terletak berdekatan dengan jeti untuk menaiki feri ke Pulau Pangkor.

Pengusaha Bas, Harga Tiket, Tempoh dan Perhentian

Transnasional, Plusliner dan Arwana Express menyediakan perjalanan yang banyak dari KL ke Lumut. Mereka menyediakan pelbagai pilihan masa perlepasan untuk penumpang. Dua pengusaha bas lain, Maju Express dan Kesatuan Express hanya menyediakan 2 kali perjalanan setiap hari. Mereka menawarkan bas VIP dengan 3 tempat duduk sebaris yang luas untuk memastikan keselesaan perjalanan untuk penumpang.

Harga tiket bas adalah lebih kurang RM 27.00. Tempoh yang diperlukan untuk bas dari KL ke Lumut mengambil masa kira-kira 4 jam bergantung pada keadaan trafik. Kebiasaannya bas itu akan berhenti 1 kali untuk penumpang ke tandas.

Selepas penutupan Pudu Raya, semua bas yang pergi ke Lumut bertolak dari TBS (Terminal Bersepadu Selatan) sekarang. Tempat ketibaan di Lumut adalah Stesen Bas Lumut yang terletak bertentangan dengan Jeti Lumut. Oleh itu, Lumut dikenali sebagai pintu masuk ke Pulau Pangkor. Ramai pelancong yang menaiki bas dari KL ke Lumut sebelum menaiki feri ke Pulau Pangkor.

Merancang untuk bercuti di Pulau Pangkor? Sekarang anda boleh menempah tiket online dengan BusOnlineTicket.com dengan pengesahan segera selepas pembayaran berjaya diterima. BusOnlineTicket.com menerima kad kredit dan bayaran melalui perbankan internet.


Jadual Bas dari Kuala Lumpur ke Lumut