Jadual Bas dari Johor Bahru ke Seremban >>
Bas dari Johor Bahru ke Seremban merupakan pilihan perjalanan yang selalu digunakan untuk ke Seremban dari Johor Bahru. Ini kerana tiada lapangan terbang di Seremban, Negeri Sembilan, maka penerbangan adalah tidak sesuai. Terdapat perkhidmatan kereta api tersedia untuk menghubungkan penumpang dari Johor Bahru ke Seremban, tetapi disebabkan kekurangan naik taraf dalam system tren, tempoh dari Johor Bahru ke Seremban dengan kereta api mengambil masa terlalu lama. Maka, bas dari Johor Bahru ke Seremban ialah pilihan kegemaran penumpang.
Tempoh, Tambang dan Tempat Ketibaan
Tempoh untuk bas dari Johor Bahru ke Seremban biasanya mengambil masa lebih kurang 3 jam. Kebanyakan bas akan ke Seremban tanpa berhenti, melainkan waktu rehat tandas diperlukan.
Tambang bagi bas dari Johor Bahru ke Seremban adalah RM 28. Sila maklum bahawa tambang bas akan meningkat semasa musim perayaan seperti Tahun Baru Cina dan Hari Raya.
Semua bas dari Johor Bahru ke Seremban berlepas dari Terminal Bas Larkin dan menamatkan perjalanan di Terminal Bas One Seremban. Terminal terletak di pusat bandar Seremban, di mana penumpang boleh disambungkan ke mana-mana tempat lain di Seremban dengan mudah.
Pilihan Perkhidmatan Bas?
Terdapat beberapa pengendali bas yang menyediakan perkhidmatan bas dari Johor Bahru ke Seremban. Penumpang mungkin akan keliru dengan pilihan-pilihan yang ada dan tertanya-tanya pengendali bas yang mana yang perlu diambil. Di sini beberapa cadangan berdasarkan kajian kami dari pilihan penumpang-penumpang tempatan. Kebanyakannya menyukai jenama KKKL dan Plusliner. Ini kerana bas-bas mereka sering menepati masa, bersih dan selesa. Selain daripada itu, kedua-dua KKKL dan Plusliner mempunyai jadual perjalanan yang banyak untuk penumpang pilih.
Walaupun terdapat banyak pilihan bas dan jadual perjalanan dari Johor Bahru ke Seremban, penumpang dinasihatkan untuk membeli tiket bas Johor Bahru ke Seremban secara online di BusOnlineTicket.com daripada membeli tiket ketika masa terakhir di kaunter. Ini kerana tiket bas Johor Bahru ke Seremban mungkin habis dijual walaupun pada hari bekerja, terutamanya bagi dua pengendali bas terkemuka yang disebut di atas. Selain itu, penumpang boleh mengelakkan masa menunggu yang panjang di terminal bas Larkin. Tempahan anda dengan BusOnlineTicket.com akan mendapat pengesahan serta- merta.