Jadual Bas dari Johor Bahru ke Pulau Pinang >>
Bas dari Johor Bahru ke Pulau Pinang adalah perkhidmatan paling murah untuk melancong ke Pulau Pinang yang terkenal dengan masakan Pulau Pinang dan melawat ke Tapak Warisan Unesco Georgetown untuk melihat bangunan yang kaya dengan warisan sejarah.
Kenapa mengambil bas dari Johor Bahru ke Pulau Pinang?
Walaupun penerbangan tambang murah telah beroperasi selama beberapa tahun, perkhidmatan bas dari Johor Bahru ke Pulau Pinang tidak berhenti begitu sahaja walaupun penumpang perlu mengambil masa selama 10 jam perjalanan dengan menggunakan bas. Salah satu sebab adalah harga tiket tambang murah adalah hampir 2 kali ganda lebih mahal berbanding harga tiket bas (kecuali anda dapat membeli tiket penerbangan ketika promosi terhad).
Sebab lain adalah pelancong dapat mengambil bas malam dari Johor Bahru ke Pulau Pinang. Ketika anda bangun pada waktu pagi, anda telah pun tiba di Pulau Pinang yang indah. Maka, perjalanan pada waktu malam dengan menggunakan perkhidmatan bas dari Johor Bahru ke Pulau Pinang menjimatkan masa. Inilah sebab mengapa hanya perjalanan bas pada waktu malam sahaja yang boleh didapati di dalam jadual bas dari Johor ke Pulau Pinang.
Tempoh, Harga, Perhentian dan Nota
KKKL, Ekspres Qistna dan Billionstar adalah beberapa pengendali bas yang menyediakan perkhidmatan bas dari Johor Bahru ke Pulau Pinang. Tempoh masa perjalanan adalah di antara 9 – 10 jam seperti yang telah di terangkan di atas. Bas akan berhenti untuk waktu rehat tandas sekurang-kurangnya sekali ataupun 2 kali sepanjang perjalanan.
Harga tiket bas adalah di antara RM 65 – RM 70, iaitu lebih murah dari harga tiket kapal terbang yang selalunya berharga di antara RM 120 – RM200. Sentiasalah menempah tiket lebih awal untuk mengelakkan kekecewaan kerana perkhidmatan yang terhad setiap hari untuk perjalanan malam dari Johor Bahru ke Pulau Pinang.
Tempat berlepas untuk bas yang pergi ke Pulau Pinang dari Johor Bahru adalah di terminal bas Larkin Johor. Bagi tempat ketibaan pula, kebiasaannya bas akan menurunkan penumbang di beberapa tempat seperti Tol Juru dan Butterworth sebelum menamatkan perjalanan di bas terminal Sungai Nibong. Segelintir pengendali bas seperti BillionStar dan KKKL akan menurunkan penumpang di Komtar, Georgetown, yang merupakan kawasan di tengah-tengah negeri Pulau Pinang. Ini dapat menjimatkan masa dan wang ringgit penumpang dari mengambil bas atau teksi di terminal bas Sungai Nibong untuk ke Georgetown.
Sila maklum bahawa terminal bas Sungai Nibong mengambil masa 20 minit perjalanan kereta dari Georgetown.
Jika anda telah mempunyai pilihan bas dan masa perjalanan, adalah dinasihatkan untuk menempah tiket bas Johor Bahru ke Pulau Pinang lebih awal secara online di BusOnlineTicket.com untuk mengelakkan kekecewaaan terutamanya ketika hujung minggu. Ia juga merupakan cara termudah untuk anda mendapatkan tiket bas Johor Bahru ke Pulau Pinang, tanpa beratur di terminal. Ini akan memberikan ketenangan fikiran apabila kesemuanya telah diatur dengan baik sebelum memulakan perjalanan.