Bas dari Johor Bahru ke KLIA/KLIA2

Jadual Bas dari Johor Bahru ke KLIA / KLIA2 >>

Bas dari Johor Bahru ke KLIA/KLIA2 adalah perkhidmatan bas terbaru yang dikendalikan oleh YoYo. Perkhidmatan ini memberikan kemudahan untuk warga Johor dan juga Singapura untuk mengambil bas secara terus dari Johor Bahru ke KLIA/KLIA2. Dahulu mereka terpaksa mengambil bas dari Johor Bahru ke KL sebelum menukar dan mengambil bas ulang-alik ke KLIA atau KLIA2.

Tempoh, Harga, Perhentian dan Tempat Perlepasan

Tempoh perjalanan bas dari Johor Bahru ke KLIA/KLIA2 mengambil masa lebih kurang 4 jam dengan 1 waktu rehat tandas sepanjang tempoh perjalanan.

Harga tiket bas dari Johor Bahru ke KLIA atau Johor Bahru ke KLIA2 secara tempahan online adalah SGD 33. Walaupun harga tiket bas lebih mahal berbanding harga tiket bas dari Johor Bahru ke KLIA/KLIA2, ia tidak membuat pengguna berhenti menggunakan perkhidmatan ini. Ini kerana perkhidmatan bas dari Johor Bahru ke KLIA/KLIA2 adalah tanpa henti dan amat memudahkan. Perkhidmatan bas oleh YoYo menyediakan 8 jadual perjalanan dari Johor Bahru ke KLIA/KLIA2 dalam sehari.

Bas dari Johor Bahru ke KLIA atau bas dari Johor Bahru ke KLIA2 berlepas dari terminal bas Tun Aminah, Johor Bahru. Sila ambil perhatian bahawa terminal bas Tun Aminah adalah berbeza dengan terminal bas Larkin. Terminal bas ini mengambil masa 15-20 minit perjalanan dari terminal bas Larkin.

Penumpang tidak perlu risau tentang kualiti bas YoYo dan ketepatan masa untuk berlepas, yang mungkin akan mengakibatkan penumpang lewat untuk mendaftar masuk. Ini kerana YoYo telah berada dalam industri bas lapangan terbang beberapa tahun lepas sebelum melancarkan perkhidmatan bas dari Johor Bahru kepada KLIA / KLIA2. Yoyo telah mula menyediakan perkhidmatan bas pergi balik antara Ipoh dan KLIA / KLIA2 sejak 10 tahun lepas. Penumpang yang mengambil penerbangan di lapangan terbang disarankan untuk memperuntukkan lebih banyak masa untuk perjalanan dari Johor Bahru ke KLIA / KLIA2 jika mungkin terjadi kelewatan ketika perjalanan.

Penumpang perlu menempah tiket bas lebih awal secara online untuk mengelakkan kekecewaan berikutan bilangan jadual perjalanan yang terhad dan hanya terdapat satu pengendali bas untuk perjalanan ini. Tempahan tiket di BusOnlineTicket.com adalah selamat dan mudah. Selagi anda mempunyai akses internet dan kredit kad, anda boleh membuat tempahan secara online di BusOnlineTicket.com di mana sahaja. Anda bukan sahaja boleh membuat tempahan untuk perjalanan dari Johor Bahru ke KLIA/KLIA2, tetapi juga tiket bas lain ke serata Malaysia.


Jadual Bas dari Johor Bahru ke KLIA2