Bas dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur

Jadual Bas dari Johor Bahru ke KL >>

Bas dari Johor Bahru ke KL adalah kunci pengangkutan yang menghubungkan dua buah negeri terbesar di Malaysia. Beribu penumpang bergerak di antara dua buah negeri ini. Selain itu, untuk menjimatkan kos, ramai pelancong dari Singapura mengambil bas ke KL dari terminal bas Larkin. Antara pengendali bas popular yang menyediakan bas harian dari Johor Bahru ke KL adalah KKKL, Konsortium, Causeway Link, Transnasional, Ekspres Qistna dan lain-lain.

Bagaimana untuk menjimatkan kos dengan mengambil bas dari Johor Bahru dan bukan dari Singapura?

Harga tiket bas dari Singapura ke KL biasanya berharga SGD 30, sedangkan harga tiket bas dari Johor Bahru ke KL adalah RM35. Anda dapat menjimatkan RM40 atau SGD15 berdasarkan kadar tukaran Dollar Singapore ke Ringgit Malaysia iaitu 2.5.

Selepas memahami konsep penjimatan, persoalan yang lain adalah bagaimana untuk pergi dari Singapura ke bas terminal Larkin Johor Bahru. Cara yang paling mudah adalah dengan mengambil MRT ke Stesen Kranji. Selepas itu di perhentian bas di luar MRT Kranji, anda akan lihat bas 170 atau Causeway Link CW2, dimana kedua-duanya akan membawa anda ke terminal bas Larkin dengan kos sebanyak SGD 1.30 atau RM 3.

Sila maklum bahawa tempoh perjalanan dari Singapura ke terminal bas Larkin Johor Bahru mengambil masa 1 jam, bergantung kepada keadaan trafik semasa. Anda perlu merancang jadual dengan betul supaya anda dapat mendaftar masuk 30 minit sebelum berlepas.

Satu lagi perkara yang perlu diambil perhatian adalah terdapat banyak ulat tiket di bas terminal Larkin yang akan memujuk rayu anda. Jika anda didekati, beritahulah dengan baik bahawa anda telah menempah tiket secara online. Mereka tidak akan mengganggu dan terus membiarkan anda. Jadi, adalah dinasihatkan untuk menempah tiket lebih awal atau membeli tiket bas secara terus di kaunter.

Tempoh, Harga, Perhentian dan Tempat Ketibaan.

Harga tiket bas dari Johor Bahru ke KL biasanya berharga lebih kurang RM 35. Semasa musim perayaan seperti Tahun Baru Cina atau Hari Raya, harga tiket bas akan meningkat.

Tempoh perjalanan dari Johor Bahru ke KL biasanya mengambil masa 4 jam dengan satu waktu rehat untuk ke tandas disediakan. Sesetengah bas akan berhenti di medan selera Yong Peng untuk waktu rehat ke tandas dan makan. Jadi, sila pastikan pilihan anda sebelum membeli tiket.

Kesemua bas dari Johor Bahru ke KL akan menamatkan perjalanan di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), iaitu bas terminal yang baru dibina di Bandar Tasik Selatan. Penumpang yang mahu ke pusat bandar perlu mengambil LRT di tepi TBS. Boleh lihat panduan di sini.

Menempah bas tiket Johor Bahru ke KL di BusOnlineTicket.com adalah selamat dan mudah. Secara amnya, selagi anda mempunyai akses internet, anda boleh membuat tempahan secara online di BusOnlineTicket.com di mana-mana sahaja. Anda bukan sahaja dapat menempah tiket bas Johor Bahruke KL, tetapi juga tiket bas ke serata Malaysia.


Jadual Bas dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur