Bas dari Johor Bahru ke Genting Highlands

Jadual dari Johor Bahru ke Genting Highlands >>

Bas dari Johor Bahru ke Genting Highlands adalah laluan digemari oleh masyarakat tempatan kerana keluarga akan melawat ke resort dan taman tema di Genting Highlands. Selain itu, iklim sejuk adalah salah satu tarikan penduduk di Johor Bahru mengambil bas dari Johor Bahru untuk ke Genting Highlands.

Pengusaha Bas, Tempoh, Harga Tiket

Bas dari Johor Bahru ke Genting Highlands adalah pengangkutan berterusan dengan 1 kali persinggahan ke tandas sepanjang perjalanan. Perjalanan keseluruhan mengambil masa kira- kira 4.5 hingga 5 jam bergantung pada keadaan trafik.

KKKL, JB Transliner, Sin Yong, Qistna adalah pengusaha bas yang menyediakan bas dari Johor Bahru ke Genting Highlands. Harga tiket bas dari Johor Bahru ke Genting Highlands ialah RM 52.25 hingga RM 55.00.

Tempat Perlepasan Johor Bahru

Tempat perlepasan untuk bas JB Transliner dan Qistna ialah di Terminal Bas Johor Bahru Larkin, manakala KKKL dan Sin Yong bertolak dari Terminal Bas Johor Jaya, Terminal Bas Tun Aminah, Taman Sentosa dan Terminal Bas Gelang Patah.

Terminal Bas Johor Jaya, Terminal Bas Tun Aminah dan Gelang Patah adalah terminal bas kecil di kawasan perumahan di Johor Bahru. Tempat bertolak di Taman Sentosa memudahkan penduduk di kawasan downtown Johor Bahru. KKKL menyediakan perkhidmatan bas berulang dari Genting Highlands ke Johor Bahru sama ada di Sri Putri, Bas Terminal Larkin dan Johor Jaya.

Pembukaan Taman Tema Twentieth Century Fox

Sekarang, taman tema di luar ditutup untuk pengubahsuaian bagi pembukaan taman tema baru iaitu Twentieth Century Fox. Twentieth Century Fox World di Genting Highlands Malaysia menampilkan 25 keseronokan dan tarikan dari filem seperti”Rio”, “Ice Age”, “Life of Pi”, “Planet of the Apes” dan “Alien vs. Predator”. Taman Tema diinspirasikan dari filem pertama Twentieth Century Fox di Genting Highlands adalah untuk menarik beribu-ribu pelawat untuk ke Genting Highlands. Pada masa itu, penumpang yang mengambil bas dari Johor Bahru ke Genting Highlands akan meningkat.

Anda mempunyai masalah untuk mendapatkan tiket di kaunter untuk bas dari Johor Bahru ke Genting Highlands? Kini anda boleh menempah tiket bas dari Johor Bahru ke Genting Highlands secara online di BusOnlineTicket.com untuk bebas dari kerumitan terutama selepas pembukaan Twentieth Century Fox di Genting Highlands. Proses tempahan yang mudah dan selamat menjadikan BusOnlineTicket.com portal tempahan online yang popular dalam kalangan pelanggan sepanjang tahun.


Jadual Bas Johor Bahru ke Genting Highlands