Bas dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru

Apabila bertolak dari KL, bas-bas kebanyakannya akan tiba di Terminal Larkin di Johor Bahru. Terminal Larkin adalah terminal bas dua tingkat yang mempunyai medan selera sendiri dan pelbagai pilihan untuk membeli belah, kaunter beg dan sebagainya.

BERLEPAS DARI KL

Pelancong yang hendak ke Johor Bahru dari KL akan bertolak dari Terminal Bas Pudu Sentral dan Terminal Bersepadu Selatan yang baru. Sebelum ini, Puduraya merupakan pusat perkhidmatan bas ekspres tetapi ianya telah diubahsuai dan dijenamakan semula sebagai Pudu Sentral pada tahun 2011. Kini, Pudu Sentral menawarkan khidmat bas ekspres ke bahagian utara Malaysia dari KL.

INFORMASI AM

Apabila anda membuat perjalanan dengan bas dari KL ke Johor Bahru atau mana-mana destinasi bandar-bandar utama yang lain seperti Pulau Pinang, Ipoh atau Seremban, bas Plusliner menjadi pilihan ramai. Selain Plusliner, terdapat hampir 30 bas yang lain yang akan berlepas dari KL dan bertolak seawal 04:30 pagi. Plusliner juga menawarkan hampir 41 tempat duduk yang turut menyediakan skrin LCD TV yang besar untuk hiburan para penumpang. Terdapat juga hampir 15 laluan yang berlepas dari KL dan menggunakan bas ini.

MAKLUMAT TIKET

Perjalanan ini adalah sangat popular sehingga terdapat banyak bas yang bertolak dari KL ke Johor Bahru setiap hari. Tiket boleh dibeli secara online atau di terminal bas. Secara umumnya, bas bertolak setiap 30 minit dari KL menuju ke Johor Bahru.