Ubah Carian
Ubah Carian
Ubah Carian

Jadual Bas dari Johor Bahru ke Segamat dan Tambang Bas

Pengusaha Bas Bas Pertama Bas Terakhir Bil. Perjalanan Tarikh Bertolak Tambang dari
KKKL Express (Terus Nanti) 08:00 21:00 9 M T W T F S S  RM 21.00
Sanwa Express 08:30 20:45 4 M T W T F S S  RM 20.00
Bas dari Johor Bahru ke Segamat
Tambang Paling MurahRM 20.00
Jarak176 km
Anggaran Masa2 hrs 50 min
Bil. Pengusaha Bas2 operators

Pengusaha Bas Popular dari Johor Bahru ke Segamat

Panduan Bas dari Johor Bahru ke Segamat

Bas dari Johor Bahru ke Segamat

Bas dari Johor Bahru ke Segamat memainkan peranan penting dalam menghubungkan penduduk dari kedua-dua bandar ini. Walaupun terdapat perkhidmatan kereta api dari Johor Bahru ke Segamat, masyarakat lebih suka menaiki bas kerana jadual perjalanan kereta api yang terhad setiap hari.

Pengusaha Bas yang Mengoperasi Bas dari Johor Bahru ke Segamat

KKKL Express dan S&S International adalah dua syarikat bas popular yang mengoperasi perkhidmatan bas dari Johor Bahru ke Segamat. Mereka sangat terkenal kerana kualiti perkhidmatan mereka yang konsisten dan terjamin. Malah, selain bas dari Johor Bahru ke Segamat, mereka juga menyediakan perkhidmatan bas lain seperti bas dari Johor Bahru ke KL dan Johor Bahru ke Melaka.

Tempoh Perjalanan, Tempat Ketibaan dan Harga Tiket Bas

Perjalanan bas dari Johor Bahru ke Segamat mengambil masa dalam 3-3.5 jam. Selepas susur keluar di Yong Peng dari Lebuhraya Utara Selatan, bas akan mengambil jalan lama melalui Chaah dan Labis sebelum menamatkan perjalanan di Terminal Bas Segamat. Terminal Bas Segamat terletak berdekatan dengan Stesen Kereta api KTM Segamat.

Kebiasaannya bas akan terus ke Segamat tanpa henti, melainkan terdapat permintaan ke tandas daripada penumpang.

Harga tiket bas dari Johor Bahru ke Segamat adalah dalam RM 18.20. Semasa musim perayaan seperti Tahun Baru Cina atau Hari Raya, harga tiket bas mungkin akan dinaikkan sedikit.

Walaupun terdapat jadual perjalanan bas yang kerap oleh KKKL Express dan S&S International, penumpang tidak disarankan mengambil risiko untuk membeli tiket di kaunter pada waktu-waktu akhir. Tiket mungkin dijual dengan cepat kerana permintaan yang tinggi bagi perkhidmatan bas ini. Penumpang dengan mudah boleh menempah tiket bas lebih awal secara online di BusOnlineTicket.com untuk menjamin keberadaan tempat duduk.