Jadual Bas dari Butterworth ke Kuantan dan Tambang Bas
Bas dari Butterworth ke Kuantan
Tambang Paling Murah | RM 50.00 |
Jarak | 573 km |
Anggaran Masa | 8 hr 12 min |
Bil. Pengusaha Bas | 7 operators |
Pengusaha Bas Popular dari Butterworth ke Kuantan
Panduan Bas dari Butterworth ke Kuantan
Bas dari Butterworth ke Kuantan adalah perkhidmatan bas yang selamat dan diyakini untuk masyarakat pergi ke dua-dua bandar ini. Oleh kerana ketiadaan perkhidmatan keretapi dan penerbangan, bas telah menjadi satu-satunya pilihan untuk pergi ke Kuantan dari Butterworth.
Pengusaha Bas yang Menyediakan Bas dari Butterworth ke Kuantan
Utama Express dan Pacific Express yang diuruskan oleh Hee Enterprise adalah dua perkhidmatan bas dari Butterworth ke Kuantan. Hanya terdapat 3 kali perlepasan dari Butterworth ke Kuantan. Pacific Express menyediakan 1 kali perlepasan pada waktu pagi dan petang, manakala Utama Express hanya menyediakan 1 kali jadual perlepasan setiap hari.
Utama Express menggunakan bas VIP dua tingkat untuk laluan ini dan merupakan bas yang digemari para penumpang kerana bas ini mempunyai tempat duduk yang luas. Pacific Express pula menggunakan bas VIP untuk para penumpang.
Tempoh, Harga Tiket, Perhentian dan Nota
Perjalanan bas dari Butterworth ke Kuantan mengambil masa kira-kira 8.5 jam bergantung pada keadaan cuaca dan trafik. Sekurang-kurangnya sekali perhentian disediakan semasa perjalanan. Jika penumpang hendak berhenti ke tandas, anda boleh membuat permintaan kepada pemandu.
Harga tiket bas dari Butterworth ke Kuantan adalah bermula dari RM 56.40 ke RM 63.00 bergantung pada pemilihan pengusaha bas. Tempat bertolak untuk bas dari Butterworth ke Kuantan terletak di Terminal Bas Penang Sentral. Tempat ketibaan pula terletak di Terminal Bas Kuantan Sentral.
Oleh kerana jadual bas yang terhad dari Butterworth ke Kuantan, para penumpang dinasihatkan untuk menempah tiket bas online lebih awal. Setiap orang boleh menempah tiket bas online di BusOnlineTicket.com dengan pengesahan segera. Para penumpang boleh menjimatkan masa dan kos tanpa perlu ke terminal bas semata-mata untuk membeli tiket di kaunter.