Perak Transit Menyertai BusOnlineTicket.com

Perak Transit menyediakan bas dari Ipoh ke Cameron Highlands

 
Dengan usaha untuk memberikan anda perkhidmatan yang terbaik untuk kemudahan anda, BusOnlineTicket.com dengan bangga mengalu-alukan Perak Transit Berhad menyertai senarai perkhidmatan bas kami di Malaysia. Anda kini boleh menempah tiket bas Perak Transit Berhad secara atas talian dengan kami! Perak Transit Berhad adalah salah satu syarikat yang menyediakan perkhidmatan bas awam di Malaysia. Syarikat ini terletak di Terminal Bas Amanjaya di Ipoh dan beroperasi dari pukul 9AM hingga 5PM pada hari bekerja.

Antara salah satu laluan bas ekspres yang popular yang disediakan oleh Perak Transit adalah laluan daripada Ipoh ke Cameron Highlands dan dari Cameron Highlands ke Ipoh. Perjalanan ini memudahkan penumpang untuk bergerak pergi dan balik dari kedua-dua tersebut, terutamanya dari Ipoh ke Cameron Highlands. Sekarang, mereka yang dari Ipoh boleh ke Cameron Highlands dengan mudah, hanya dengan menaiki bas ini.

Perjalanan dari Ipoh ke Cameron Highlands pergi dan balik melibatkan Terminal Bas Amanjaya di Ipoh dan Terminal Bas Tanah Rata di Cameron Highlands. Kedua-dua terminal ini adalah terminal bas utama di tempat mereka. Kedua-dua terminal bas ini adalah tempat bertolak dan tempat ketibaan bagi laluan ini. Di Terminal Bas Amanjata di Ipoh, tempak bertolak adalah di kaunter D3 dan tempat ketibaan adalah di G11. Di Terminal Bas Tanah Rata pula, tempat bertolak dan tempat ketibaan adalah di Kaunter Perak Transit.

Antara perkara yang menarik tentang perjalanan dari Ipoh ke Cameron Highlands dan dari Cameron Highlands ke Ipoh yang disediakan oleh Perak Transit adalah jumlah perjalanan yang mereka ada. Untuk laluan ini, Perak Transit menyediakan sejumlah 24 perjalanan yang bertolak setiap satu jam dari pukul 8AM hingga 7PM. Oleh itu, penumpang boleh memilih masa yang sesuai bagi mereka tanpa perlu risau jika jadual waktu yang ada tidak sesuai untuk mereka. Mereka ada banyak pilihan!

Selain itu, kos tiket bagi perjalanan ini juga berpatutan, antara RM18 ke RM 22. Tambahan lagi, menggunakan perkhidmatan bas untuk ke Cameron Highlands adalah disyorkan kerana keadaan jalan ke Cameron Highlands agak mencabar untuk memandu sendiri.

Anda boleh melawat laman web mereka untuk ketahui lebih lanjut tentang Perak Transit Berhad dan perkhidmatan yang mereka sediakan. Tak perlu bersusah payah dan tempahlah tiket bas Perak Transit secara atas talian dengan BusOnlineTicket.com sekarang!

Tempah Tiket Bas dari Ipoh ke Cameron Highlands »