Butterworth

Butterworth
Butterworth 2

Butterworth terletak di sebelah luar kawasan pelancongan Malaysia iaitu Pulau Pinang dan ianya juga dikenali sebagai “laluan masuk ke Pulau Pinang”. Ia juga merupakan lokasi pusat perkhidmatan Feri Pulau Pinang, yang mana sebelum pembinaan Jambatan Pulau Pinang pada 1985, ia juga adalah cara utama untuk ke Pulau Pinang. Kini, pelancong yang berminat untuk menaiki perkhidmatan feri boleh mengambil bas atau keretapi ke Butterworth sebelum bertukar menaiki feri ke Pulau Pinang. Kedua-dua terminal bas dan stesen keretapi terletak hanya dalam jarak berjalan kaki untuk ke jeti Butterworth.

Butterworth ditubuhkan pada awal abad ke-19 semasa Great Britain mula bertapak di tanah Malaysia. Ia adalah rumah kepada beberapa penempatan tempatan yang perlahan-lahan berkembang sehingga pertengahan abad ke-19 atau lebih. Bermula di situ, kawasan yang berdekatan dengan Pulau Pinang mulai membangun menjadi tempat budaya dan pelaburan dalam industri bijih timah antarabangsa. Ianya kekal sebagai kawasan pelancongan yang menarik dan pelancong yang pergi ke situ akan tertarik dengan tarikannya sebagai bandar pantai yang tenang dan damai serta hidangan tempatan yang unik. Suasananya yang indah dengan laut, begitu juga restoran tempatan yang menawarkan masakan makanan laut tempatan yang segar pasti memikat hati penggemar makanan! Selain makanan laut, Butterworth (lebih tepatnya Bukit Mertajam) menawarkan Char Kuey Teow terbaik di Malaysia. Char Kuey Teow merupakan kegemaran majoriti rakyat Malysia kerana tukang masak menggunakan arang tradisional untuk menggoreng dan telur yang digunakan adalah telur itik selain telur ayam yang sering dilihat di tempat lain.

Panduan Pengangkutan

Memandangkan tidak ramai masyarakat yang pilih untuk duduk di kawasan kecil seperti Butterworth semasa bercuti di Malaysia, pasti mereka akan pergi ke kawasan tertentu menaiki kenderaan awam. Bas ke Butterworth adalah pengangkutan yang mudah dan diyakini dari pelbagai lokasi utama seperti Kuala Lumpur ke Butterworth. Kebanyakan masyarakat lebih gemar untuk menaiki bas ke Terminal Bas Butterworth sebelum menggunakan feri untuk ke pusat pelancongan Pulau Pinang. Antara sebab mereka menaiki feri adalah untuk merasai pengalaman indah ketika menggunakan perkhidmatan feri ke Pulau Pinang.