Utama Ekspres Bas dari Kuantan ke KL, Ipoh, Lumut dan Banyak Lagi

Utama Ekspres Bas dari Kuantan ke KL, Ipoh, Lumut dan Banyak Lagi

Dapatkan Pengalaman Perjalanan Terbaik Anda dengan Bas Utama Ekspres

BusOnlineTicket.com sangat gembira untuk mengumumkan bahawa Utama Ekspres telah menyertai kami untuk menyediakan kemudahan perkhidmatan tempahan tiket bas online untuk anda! Anda kini boleh menempah tiket bas Utamaa Ekspres untuk bas dari Kuantan ke KL, Ipoh, Lumut dan banyak lagi di BusOnlineTicket.com.

Ditubuhkan pada tahun 1978, Utama Ekspres mempunyai reputasi yang sangat baik dalam industri bas ekspres Malaysia terutamanya di Kuantan. Laluan bas yang paling popular oleh Utama Ekspres adalah bas dari Kuantan ke KL. Terdapat lebih daripada lima jadual perlepasan untuk bas dari Kuantan ke KL setiap hari. Harga tiket bas hanya daripada RM 24.20 untuk dewasa dan kanak-kanak. Anda boleh menyemak jadual bas Utama Ekspres untuk laluan lain dan harga tiket mereka di laman web kami.

Utama Ekspres mempunyai dua jenis bas; bas satu tingkat dan bas dua tingkat. Bas-bas ini dilengkapi dengan penyaman udara dan kerusi yang luas untuk memastikan keselesaan para penumpang semasa dalam perjalanan. Tambahan lagi, terdapat port pengecas USB dan skrin DVD untuk kemudahan penumpang. Selain itu, mereka memasang sistem GPS dan pengehadan kelajuan pada bas-bas mereka untuk menjamin keselamatan penumpang.

Menempah tiket bas Utama Ekspres secara online lebih awal di BusOnlineTicket.com dapat menjimatkan masa dan kos untuk pergi ke stesen bas. Dengan laman web mesra mudah alih kami, anda boleh menempah tiket bas anda dengan mudah pada bila-bila masa dan di mana sahaja anda berada. Oleh itu, semak jadual bas Utama Ekspres serta ketersediaan tiket dan tempah tiket bas Utama Ekspres anda sekarang!