Perkhidmatan Bas Baru Antara Singapura dan Legoland Oleh Transtar

Transtar Menawarkan Perkhidmatan Bas Antara Sempadan yang Baru Antara Singapura dan Legoland

Legoland terkenal sebagai tempat yang menyeronokkan untuk dilawati bersama keluarga anda. Kini, Transtar menawarkan perkhidmatan bas antara Singapura dan Legoland. Dengan perkhidmatan bas baru Transtar antara Singapura dan Legoland, Legoland telah menjadi destinasi yang sangat menarik dan mudah diakses bagi warga Singapura. Tempah tiket bas Transtar online di BusOnlineTicket.com sekarang!

Nama Transtar sudah tidak asing lagi dalam industri ini. Mereka adalah syarikat Singapura yang memberi pengkhususan dalam industri pelancongan, dan telah mula berkhidmat sejak tahun 1994 lagi. Hari ini, mereka telah menjadi salah satu syarikat bas ekspres terkemuka di Singapura yang menawarkan perkhidmatan bas dari Singapura ke bandar-bandar utama di Malaysia.

Laluan bas baru yang disediakan oleh Transtar adalah seperti berikut:

Jom Kita ke Legoland Hujung Minggu Ini!

Legoland Malaysia terletak di kawasan Johor Bahru Nusajaya; jiran kepada Singapura. Oleh itu, banyak warga Singapura sering ke Legoland bersama ahli keluarga mereka semasa cuti sekolah atau hujung minggu. Oleh kerana tiada pengangkutan awam lain yang disediakan di antara Singapura dan Legoland, perkhidmatan bas telah menjadi pengangkutan yang paling murah dan mudah didapati untuk perjalanan antara Singapura dan Legoland.

Tempah tiket bas Transtar secara online di BusOnlineTicket.com sebelum memulakan perjalanan untuk mengelakkan kekecewaan. Anda sangat disyorkan untuk menempah tiket bas anda antara Singapura dan Legoland secara online terlebih dahulu terutamanya semasa cuti sekolah dan musim puncak. Pengesahan tempahan akan dihantar ke e-mel anda dengan segera setelah pembayaran berjaya dilakukan.