Pakej Mudah & Percuma ke Pulau Tioman
Pulau Tioman adalah yang terbesar dalam kumpulan pulau gunung berapi di Pantai Timur Semenanjung Malaysia yang dikenali sebagai Seri Buat Archipelago. Tarikan utamanya adalah keindahan alam semula jadi di Pulau Tioman. Hutan tropikalnya yang tumbuh subur meliputi 12,000 hektar dari kawasan pulau, dan sungai dari gunungnya yang bersih dan air terjun adalah rumah kepada berpuluh-puluh spesies burung, bunga dan haiwan eksotik yang dilindungi,
Satu tarikan utama yang menakjubkan di Pulau Tioman adalah Gunung Kajang. Dengan ketinggian 1,000 meter, gunung berapi pupus yang sering diselubungi awan ini bukan sahaja merupakan gunung di Tioman yang tertinggi, malah ia juga merupakan gunung yang tertinggi di mana-mana pulau yang terletak di pantai Semenanjung Malaysia.
Air yang jernih di sekeliling Pulau Tioman dipenuhi batu karang pelbagai bentuk, warna dan saiz. Habitat lautnya yang terdiri daripada pelbagai hidupan laut termasuk ikan paus, jerung, ikan lumba-lumba, ikan pari manta, penyu laut dan pelbagai spesies ikan eksotik yang sentiasa ada untuk membuat persembahan kepada mereka yang melakukan snorkeling, yang menaiki glass-bottom boat dan penyelam scuba.
Dianugerahkan dengan pantai-pantai yang di kelilingi pokok palma, Tioman pernah tersenarai sebagai penerima anugerah “10 Pulau Paling Cantik di Dunia”, menurut Time Magazine. Oleh itu, tidak hairan apabila terdapat beberapa pantai di Pulau Tioman yang bergred A+, maka perenang dan mereka yang suka panas matahari, juga akan seronok bercuti di sini.