Terma & Syarat

Pengesahan Tempahan

Penumpang bertanggungjawab untuk memastikan tarikh perjalanan, masa dan destinasi adalah betul sebelum mengklik “Teruskan Pembayaran”.

Bagi pembayaran menggunakan kad kredit, anda adalah pemilik kad kredit dan anda maklum sepenuhnya tentang pembayaran ini. Bagi pembayaran menggunakan perkhidmatan Debit eNETS, anda adalah pemilik akaun dan anda maklum sepenuhnya tentang pembayaran ini. Bagi pembayaran melalui PayPal, anda bersetuju dan mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh PayPal dan anda adalah pemilik akaun PayPal. Bagi pembayaran melalui perkhidmatan perbankan internet (contoh: Maybank2U, RHB Bank, FPX, Hong Leong Bank Transfer, Mobile Money, Alliance Online Transfer, UOB Bank Transfer, DBS Bank Transfer, Citibank Bank Transfer atau bank lain), anda adalah pemilik akaun dan anda maklum sepenuhnya tentang pembayaran ini.

Selepas penerimaan pembayaran tambang dan pengeluaran Nombor Invois dan/atau dokumen perjalanan, tempat duduk akan disahkan serta merta. Tempat duduk yang telah disahkan tidak boleh dibayar balik dan tidak boleh dibatalkan kecuali tertera sebaliknya.

Perubahan tarikh/masa perjalanan adalah tertakluk kepada kebenaran/kelulusan pengusaha bas.

Menunjukkan E-mel Pengesahan Tempahan Untuk Mendapatkan Tiket Naik Bas

Penumpang perlu menunjukkan e-mel pengesahan tempahan BusOnlineTicket kepada kaunter tiket syarikat bas sekurang-kurangnya 30 minit sebelum waktu bertolak untuk mendapatkan tiket bas. Kegagalan berbuat demikian, penumpang mungkin tidak akan dibenarkan untuk menaiki bas.

Penjadualan Semula Tiket Bas

Pengusaha bas / rakan kongsi perkhidmatan yang berbeza mempunyai Polisi Penjadualan Semula yang berbeza. Jika berkenaan dan dibenarkan, akan diproses mengikut polisi pengusaha bas / rakan kongsi perkhidmatan. Penjadualan semula hanya dibenarkan sekali untuk setiap perjalanan dan hanya boleh dilakukan melalui Panel Ahli. Jika permintaan penjadualan ditolak oleh pengusaha bas / rakan kongsi perkhidmatan, bayaran tambahan yang dibayar akan dikembalikan. Setelah tiket dijadualkan semula, “Refund Protect”; jika ada, tidak lagi sah untuk tempahan tersebut.

Bayaran Balik Untuk Tiket

Permohonan pembatalan dan pembayaran balik, jika berkenaan dan dibenarkan, akan diproses mengikut polisi pengusaha bas / rakan kongsi perkhidmatan. Yuran pembatalan dan tempoh yang diberi adalah berbeza bagi setiap pengusaha bas / rakan kongsi perkhidmatan. Sila rujuk Polisi Bayaran Balik.

Kecuali dinyatakan sebaliknya, tiket yang telah disahkan terjual tidak boleh dibatalkan dan dibayar balik. Sila semak maklumat jadual bas yang dipilih dengan baik sebelum daftar keluar(check out), tiket yang telah dibeli adalah tidak boleh dibayar balik atau ditukar. Transaksi pendua (transaksi sama yang dilakukan lebih dari satu kali) juga adalah tidak boleh dibayar balik kerana transaksi pendua menghalang pelanggan lain daripada memebeli tiket.

Sekiranya permohonan bayaran balik dibenarkan, kami akan memproses bayaran balik dan akan mengambil masa sehingga 4-5 minggu untuk ternyata di dalam akaun anda, tertakluk kepada dasar dan prosedur bank masing-masing / kaedah pembayaran yang dipilih.

Untuk Baucar Bayaran Balik, setelah dipilih oleh pelanggan sebagai kaedah untuk dibayar balik, akan dihantar kepada pelanggan dalam bentuk Kod Baucar Bayaran Balik melalui e-mel dan pelanggan boleh menggunakan kod tersebut untuk menempah tiket di laman web atau aplikasi BusOnlineTicket.com. Kod Baucar Bayaran Balik mempunyai tempoh sah selama 1 tahun selepas ia diisukan. Sebarang jumlah yang tidak digunakan sama ada sepenuhnya atau baki sebahagiannya selepas kod ditebus tidak akan dipulangkan semula, tidak boleh dipindah milik atau ditukar kepada sebarang bentuk lain.

Penumpang bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan ketibaan dan kehadiran tepat pada waktunya di lokasi dan masa yang ditetapkan untuk perkhidmatan yang dijadualkan. Tiada bayaran balik akan diberikan sekiranya penumpang tidak hadir, gagal untuk tampil di lokasi dan masa yang ditetapkan, atau untuk perkhidmatan yang tidak digunakan sepenuhnya atau sebahagiannya.

Pihak pembekal perkhidmatan berhak untuk meneruskan perkhidmatan atau acara yang dijadualkan walaupun penumpang tidak hadir. BusOnlineTicket dan rakan perkhidmatannya tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kos, kesulitan, kerugian, atau kekecewaan yang timbul akibat ketiadaan atau ketibaan lewat penumpang.

Kod QR untuk Menaiki Bas di Terminal

Perkhidmatan Kod QR adalah inisiatif kerajaan untuk menambah baik pengalaman menaiki bas di terminal-terminal bas di Malaysia. BusOnlineTicket.com membuka pilihan untuk pelanggan kami mendapatkan Kod QR mereka dalam talian untuk memudahkan penumpang menaiki bas di terminal.

Bayaran untuk Kod QR adalah dikutip sepenuhnya bagi pihak terminal.

Maklumat yang penumpang berikan hanyalah bagi tujuan untuk memproses Kod QR untuk menaiki bas dan akan dipadamkan daripada sistem 3 bulan selepas perlepasan.

Kod QR hanya tersedia untuk terminal dan pengusaha bas terpilih.

Kod QR hanya disediakan bagi tempahan secara online di BusOnlineTicket.com. Jika penumpang atau syarikat bas membuat sebarang perubahan pada tempahan di luar talian (selain daripada platform BusOnlineTicket.com), kod QR yang dihantar mungkin tidak lagi sah untuk menaiki bas. Sila terus ke kaunter untuk mendapatkan pas masuk.

BOT Wallet dan Cashback

  • BusOnlineTicket boleh, mengikut budi bicara mutlaknya, menawarkan promosi untuk kepentingan pengguna-penggunanya dan memberikan pulangan tunai atau “Cashback” yang tidak boleh dipindah milik kepada kredit Pengguna yang terpapar dalam BOT Wallet pada akaun ahli BusOnlineTicket.
  • “Cashback” yang diperoleh melalui promosi, kecuali dinyatakan sebaliknya, hanya akan aktif dan dikreditkan ke BOT Wallet dalam tempoh 24 jam selepas tarikh keberangkatan.
  • “Cashback” yang dikreditkan ke BOT Wallet Pengguna masing-masing melalui promosi tidak boleh dipindah milik atau ditukar kepada bentuk lain.
  • Kecuali dinyatakan sebaliknya, faedah “Cashback” hanya sah pada jumlah harga tiket sahaja (tidak termasuk semua cukai dan caj yang berlaku) untuk tempahan tiket bas, kereta api dan feri yang dibuat di Laman Web atau Aplikasi dan hanya boleh ditebus sehingga 10% dari harga tambang asas untuk tempahan tiket yang dibuat di Laman Web atau Aplikasi.
  • Penebusan “cashback” tidak boleh digunakan bersama dengan ganjaran, diskaun, e-baucar atau pulangan tunai lain dari pihak lain.
  • “Cashback” mempunyai tempoh sah/aktif sehingga 6 bulan dari hari ia dikreditkan ke BOT Wallet ahli, yang mana selepas dari itu “Cashback” tersebut akan hilang dan faedahnya tidak akan sah untuk Pengguna.
  • “Cashback” setelah digunakan dan sekiranya berlaku pembatalan tempahan yang berkait dengan “cashback” sama ada sepenuhnya atau sebahagiannya oleh pengguna atau operator, tidak akan dikreditkan kembali ke BOT Wallet Pengguna.
  • Pengguna bersetuju bahawa penggunaan Cashback tertakluk pada terma dan syarat penawaran promosi tertentu, seperti yang dimaklum oleh BusOnlineTicket dari semasa ke semasa.
  • Syarat-syarat yang berkaitan dengan penggunaan dan penerapan “Cashback” adalah tertakluk kepada perubahan mengikut budi bicara BusOnlineTicket tanpa komunikasi atau pemberitahuan kepada Pengguna.

Pembayaran dalam Rupiah Indonesia

Untuk pelanggan yang membayar dengan Rupiah Indonesia, terdapat batasan sehingga penambahbaikan pada masa hadapan.
Pelanggan yang membayar dengan Rupiah Indonesia tidak boleh menggunakan kod diskaun dan tidak boleh memperoleh BOT Miles atau cashback.
Penjadualan semula perjalanan atau permintaan bayaran balik adalah tidak dibenarkan untuk tempahan yang dibayar dengan Rupiah Indonesia.

Jadual dan Tempat Duduk

Syarikat mempunyai hak untuk menyusun semula jadual tanpa notis awal.
Syarikat mempunyai hak untuk menyusun semula tempat duduk tanpa notis awal.
Syarikat mempunyai hak untuk naik taraf atau turun taraf bas jika berlaku kerosakan bas.
Sebarang tuntutan atau permintaan bayaran balik tidak akan dilayan oleh syarikat atau agensi yang terlibat jika berlaku penyusunan semula.

Kawalan dan Kehilangan Barang Berharaga

Setiap penumpang dibenarkan untuk membawa bagasi tidak melebihi 15kg, syarikat tidak akan betanggungjawab atas mana-mana kehilangan atau kerosakan kepada bagasi penumpang.
Syarikat berhak untuk menolak mana-mana barang berharga yang menyalahi undang-undang, merbahaya atau mengakibatkan ketidakselesaan kepada penumpang lain untuk naik bas. Syarikat tidak bertanggungjawab atas kehilang mana-mana barang berharga atau harta milik penumpang dan kemalangan.

Imigresen

Sila pastikan anda telah mengisikan kad perjalan (embarkation cards) yang diperlukan sebelum pelepasan kastam.
Syarikat tidak bertanggungjawab atas sebarang kelewatan di tempat pemeriksaan imigresen. Penumpang bertanggungjawab membawa dokumen perjalanan yang sah untuk mematuhi keperluan kastam.

Bas hanya akan menunggu tidak lebih daripada 20 minit di kastam jika ada penumpang yang ditahan oleh kastam atas sebab tertentu.

Liabiliti

Syarikat hanya bertanggungjawab kepada nilai tiket.

Syarikat tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa kos luar jangka akibat daripada kelewatan bas.

Notis Undang-Undang BusOnlineTicket.com

BusOnlineTicket.com mahupun mana-mana perkerja, tidak menjamin bahawa fungsi yang terdapat di dalam laman web ini tidak akan terganggu atau bebas dari sebarang kesalahan. Segala risiko seperti kualiti dan prestasi laman web ini adalah atas pengguna. BusOnlineTicket.com tidak akan bertanggungjawab kepada pengguna untuk sebarang kerosakan, atau kemusnahan, gangguan perkhidmatan, atau sebarang keadaan yang barada di luar kawalan kami, sebarang kerugian, kehilangan simpanan atau kesan sampingan yang lain, yang bebangkit, punitif, atau kerosakan khas yang yang timbul ketika mengoperasikan, atau kegagalan mengoperasikan laman web BusOnlineTicket.com.

BusOnlineTicket.com juga tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa tindakan yang oleh rakan kongsi bas syarikat kami, atau sebarang kejadian yang berlaku kepada pihak rakan kongsi kongsi kami. Contohnya, BusOnlineTicket.com tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang perubahan bas, jadual, tarikh dan masa berlepas, tarikh dan masa tiba, kerugian atau kemalangan yang ditanggung semasa menaiki bas. Walaubagaimanapun, pengguna boleh memberi maklum balas kepada kami, dan kami akan mengambil langkah yang sepatutnya untuk mengelakkan perkara tersebut daripada berulang lagi pada masa hadapan.