Star Shuttle Express Menawarkan Perkhidmatan Bas dari Hentian Duta ke KLIA/KLIA2

Star Shuttle Express Menawarkan Perkhidmatan Bas Baru dari Hentian Duta ke KLIA atau KLIA2

Bas dari Hentian Duta ke KLIA atau KLIA2 dengan Star Shuttle Express

Kepada semua pelanggan kami yang dihargai, BusOnlineTicket.com ingin berkongsi dengan anda tentang satu berita baik. Kami amat berbesar hati untuk mengumumkan pelancaran perkhidmatan bas baru Star Shuttle Express iaitu dari Hentian Duta ke KLIA/KLIA2. Tempah tiket perkhidmatan bas Star Shuttle yang baru dilancarkan ini di BusOnlineTicket.com sekarang!

Star Shuttle Express merupakan salah sebuah syarikat bas terkenal di Malaysia. Ibu pejabat Star Shuttle Express terletak di Kuala Lumpur. Star Shuttle Express terkenal dengan perkhidmatan bas terus, tanpa henti dan pergi balik dari pelbagai tempat ke KLIA atau KLIA2.

Laluan bas baru yang disediakan oleh Star Shuttle Express adalah seperti berikut:

Harga tiket bas untuk perkhidmatan bas dari Hentian Duta ke KLIA dan KLIA2 adalah berpatutan iaitu dari RM 12.00 sehala. Sila maklum bahawa tempat menurunkan penumpang di KLIA adalah di aras bawah (Lower Ground) Lapangan Terbang KLIA manakala tempat menurunkan penumpang di KLIA2 adalah di Aras 1 Hab Pengangkutan Platform A4.

Menempah bas Star Shuttle Express dari Hentian Duta ke KLIA atau KLIA2 di BusOnlineTicket.com adalah mudah dan selamat. Anda boleh memilih tarikh perjalanan dan kami akan menyediakan senarai jadual bas yang ada untuk tempahan anda. Rancang perjalanan anda dan pastikan anda tiba awal di lapangan terbang untuk menaiki penerbangan tepat pada masanya. Selamat mengembara!