Star Coach Express Menawarkan Perkhidmatan Bas Ekspres Baru Antara TBS, Bandar Penawar dan Pengerang

Star Coach Express Bas Antara TBS, Bandar Penawar dan Pengerang

Star Coach Express Menawarkan Perkhidmatan Bas Ekspres Baru Antara TBS, Bandar Penawar dan Pengerang

Berita yang menarik untuk penduduk di Johor! Star Coach Express akan melancarkan perkhidmatan-perkhidmatan bas baru antara Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Bandar Penawar dan Pengerang. Tambahan lagi, perkhidmatan baru yang ditawarkan oleh Star Coach Express ini boleh ditempah secara online di BusOnlineTicket.com

Star Coach Express adalah syarikat bas ekspres yang muncul dalam industri bas kompetitif. Star Coach Express bertujuan untuk menyediakan suasana yang lancar, selesa, tenang dan santai sepanjang perjalanan pada harga yang setanding untuk para penumpang. Populariti perkhidmatan bas Star Coach Express ini semakin mendapat sambutan dan terdapat ramai penumpang menggunakan perkhidmatan bas ini kerana tempat duduk mereka yang luas dan selesa.

Berikut adalah perkhidmatan-perkhidmatan bas baru yang disediakan oleh Star Coach Express:

Perkhidmatan-perkhidmatan bas baru yang disebutkan di atas adalah penting bagi penduduk tempatan terutama untuk pekerja-pekerja dan pelajar-pelajar yang pergi dan balik ke kampung mereka pada hujung minggu. Perkhidmatan bas terus ini bukan sahaja memberi kemudahan kepada penduduk di Bandar Penawar dan Pengerang untuk berulang-alik dari kampung halaman mereka ke Kuala Lumpur, tetapi mereka juga dapat menjimatkan masa daripada menukar bas di Terminal Bas Kota Tinggi. Harga tiket untuk perjalanan bas antara TBS dan Bandar Penawar bermula dari RM50.00 manakala harga tiket untuk perjalanan bas antara TBS dan Pengerang bermula dari RM60.00.

Kini anda boleh menempah tiket bas Star Coach Express online di laman web rasmi BusOnlineTicket.com atau aplikasi mudah alih yang boleh dimuat turun secara percuma di App Store atau Google Play hanya di hujung jari. Oleh kerana jadual yang terhad untuk perkhidmatan bas ini, para penumpang dinasihatkan untuk menempah tiket bas online lebih awal bagi mengelak kekecewaan. Pengesahan tiket adalah segera di BusOnlineTicket.com.