Star Coach Express Menawarkan Perkhidmatan Bas Antara Kuala Lumpur, Bandar Penawar dan Sungai Rengit

Perkhidmatan Bas Star Coach Express Antara TBS, Bandar Penawar dan Sungai Rengit

Star Coach Express Menawarkan Perkhidmatan Bas Antara Kuala Lumpur, Bandar Penawar dan Sungai Rengit

Setelah lama dinanti-nantikan, Star Coach Express akhirnya telah melancarkan perkhidmatan bas antara Kuala Lumpur, Bandar Penawar dan Sungai Rengit. Perkhidmatan bas baru ini bukan sahaja memudahkan penduduk tempatan yang berulang-alik di antara ketiga-tiga lokasi tersebut malah juga memudahkan pengunjung dari Kuala Lumpur yang ingin menikmati percutian singkat pada hujung minggu ke Pantai Desaru. Kini, setiap orang boleh menempah tiket bas Star Coach Express secara online di BusOnlineTicket.com sekarang!

Star Coach Express adalah syarikat bas ekspres yang sangat maju dalam industri bas yang kompetitif. Matlamat Star Coach Express adalah untuk menyediakan perkhidmatan bas yang memudahkan dengan keadaan yang selesa, tenang dan santai sepanjang perjalanan dengan harga yang berpatutan untuk penumpang. Populariti perkhidmatan bas Star Coach Express ini semakin mendapat sambutan dan terdapat ramai penumpang menggunakan perkhidmatan bas ini kerana tempat duduk mereka yang luas dan selesa.

Perkhidmatan bas Star Coach Express antara Kuala Lumpur dan pekan Desaru dengan 27 tempat duduk VIP adalah termasuk laluan bas berikut:

  • Kuala Lumpur ke Bandar Penawar ke Sungai Rengit
  • Sungai Rengit ke Bandar Penawar ke Kuala Lumpur

Perkhidmatan bas popular yang disediakan oleh Star Coach Express adalah termasuk bas dari Kuala Lumpur ke Bandar Penawar, Kuala Lumpur ke Sungai Rengit, Bandar Penawar ke Kuala Lumpur dan Sungai Rengit ke Kuala Lumpur. Tempat bertolak dan ketibaan di Kuala Lumpur terletak di hab pengangkutan utama di Kuala Lumpur iaitu Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Para penumpang dengan mudahnya boleh pergi ke Terminal Bersepadu Selatan menggunakan bas tempatan, teksi, KTM, monorel atau Transit KLIA.

Langkah pertama untuk anda pergi antara pekan Desaru dan Kuala Lumpur ialah menempah tiket bas online di BusOnlineTicket.com bersama Star Coach Express. Oleh kerana jadual dan tempat duduk yang terhad untuk laluan bas ini, menempah tiket bas online lebih awal adalah sangat digalakkan. Pengesahan tempahan tiket bas adalah segera setelah pembayaran berjaya dilakukan.