SMB Express Menawarkan Bas Ekspres Dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur

SMB Express Bas Ekspres Dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur

Perjalanan dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur Dengan Bas SMB Express

Kami sangat gembira untuk mengalu-alukan SMB Express untuk menyertai BusOnlineTicket.com bagi menyediakan perkhidmatan tempahan online untuk tiket bas mereka. Dengan kerjasama antara BusOnlineTicket.com dan SMB Express, tempahan tiket bas SMB Express secara online kini sangat mudah di BusOnlineTicket.com.

SMB Express adalah salah satu daripada 4 bas ekspres di bawah syarikat induk, Syarikat MB Sooria Sathian Resources (M) Sdn Bhd yang berpusat di Teluk Intan, Perak. Bas-bas mereka dilengkapi dengan penghawa dingin, tempat duduk boleh laras dan ruang kaki yang luas. SMB Express menawarkan perkhidmatan bas setiap hari dari Johor Bahru ke serata Semenanjung Malaysia seperti dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur, Shah Alam, Klang, Simpang Empat, Teluk Intan dan banyak lagi.

Perkhidmatan bas yang paling popular yang disediakan oleh SMB Express ialah bas dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur. Tempat naik bas terletak di terminal bas utama di Johor Bahru iaitu Terminal Larkin Sentral. Manakala, tempat ketibaan bas terletak di hab pengangkutan utama di Kuala Lumpur iaitu Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Harga tiket bas dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur adalah barpatutan dari RM 35.00 – RM 40.00.

Tempahan tiket bas online dengan BusOnlineTicket.com bukan sahaja menjimatkan masa dan wang anda tetapi memberi peluang kepada anda melakukan perbandingan harga dan mengetahui lebih banyak info tentang beratus-ratus pengusaha bas di Malaysia dan Singapura. Anda boleh menempah tiket bas SMB Express sama ada menerusi laman web rasmi BusOnlineTicket.com atau aplikasi mudah alih BOT yang boleh dimuat turun secara percuma di App Store atau Google Play Store. Tempah tiket bas anda melalui BusOnlineTicket.com sekarang dan nikmati perjalanan selesa dengan SMB Express. E-mel untuk pengesahan tempahan akan dihantar kepada anda sebaik sahaja tempahan disahkan.