Jom Beli Tiket Bas Online dengan Diskaun!


BusOnlineTicket - Logo

Ramai yang mungkin pernah beratur panjang untuk membeli tiket bas di kaunter. Dan anda juga mungkin pernah kecewa apabila tiket bas yang hendak dibeli sudah habis dijual.

Kini anda tidak perlu lagi melalui situasi sebegitu. Kami di BusOnlineTicket.com menyediakan kemudahan untuk anda beli tiket bas online. Dengan sistem tempahan tiket bas secara online, anda boleh membuat pilihan antara bas-bas operator yang mengambil bahagian dalam sistem kami seperti bas Delima Express, 707 Inc, Alisan Golden Coach, Five Stars Express, StarMart Express dan sebagainya.

Antara laluan popular untuk perjalanan bas yang terkenal di kalangan para penumpang ialah bas dari KL ke Singapura, bas dari KL ke Melaka, bas dari Johor Bahru ke KL, bas dari Johor Bahru ke Melaka, bas dari Pulau Pinang ke KL, dan sebagainya.

Dengan sistem tempahan tiket bas online yang kami sediakan, anda boleh membuat tempahan tiket bas ke Singapura, ke Kuala Lumpur, malahan ke semua destinasi seluruh negara. Anda tidak perlu lagi ke kaunter bas dan membeli tiket secara manual serta menjimatkan masa dan tenaga anda!

Kami di BusOnlineTicket.com turut menawarkan harga tambang yang lebih murah dari harga tiket yang dijual di kaunter. Bukan itu sahaja, anda boleh menikmati diskaun sehingga 40% yang ditawarkan oleh sesetengah syarikat bas yang mengambil bahagian dalam sistem kami.

Jadi, jom beli tiket bas online di BusOnlineTicket.com! Beli tiket bas online dari mana-mana sahaja atau pada bila-bila masa.

Dengan BusOnlineTicket.com, tempahan tiket bas online adalah lebih mudah dan menjimatkan!