Pakej Mudah & Percuma ke Port Dickson
Jika anda dalam mood untuk bercuti di pantai dan tidak pasti ke manakan lokasi yang tepat, selain daripada destinasi Eropah atau Mediterranean yang biasa, Port Dickson di Malaysia terbukti membawa kelainan yang menarik. Destinasi ini adalah tempat tarikan pelancong yang popular di Malaysia dan menarik ramai pengunjung dari serata dunia yang ingin meluangkan masa cuti di tempat yang unik dan jauh.
Panduan Destinasi
Sebagai permulaan, Port Dickson adalah suatu tempat yang terhubung baik dengan bandar utama Kuala Lumpur, cuma satu jam memandu dari sana. Ia juga terletak berdekatan dengan bandar Seremban, lebih kurang 32km dari Port Dickson. Untuk bergerak di dalam Port Dickson juga adalah mudah kerana terdapat beberapa teksi yang memang sedia ada untuk anda telefon. Jika anda mencari pengangkutan yang lebih murah, maka bas tempatan adalah pilihan terbaik kerana kosnya hanya dalam RM 1 atau RM 2, anda boleh mempertimbangkan untuk mengambil bas ke Port Dickson.
Untuk bersiar-siar dan aktiviti-aktiviti lain, terdapat terlalu banyak aktiviti yang boleh anda lakukan di Port Dickson. Port Dickson terutamanya terkenal dengan makanan tempatannya yang dikatakan agak pedas dan kaya dengan rasa. Satu masakan popular ialah kari yang berasaskan kelapa yang dipanggil “Rendang”. Anda juga boleh memilih daripada pelbagai pilihan masakan makanan laut, juga tarikan utama di sini.
Tempat untuk dikunjungi termsuk Muzium Tentera atau Muzium Tentera Darat yang terletak di Kem Tentera Malaysia Port Dickson. Muzium ini mempamerkan pesawat dan kenderaan tentera yang digunakan oleh Tentera Diraja Malaysia. Satu lagi tempat yang mesti dikunjungi adalah Cape Rachado, yang sebenarnya adalah sebuah rumah api yang dibina oleh Portugis yang memberi panduan kepada kapal untuk ke Pelabuhan Melaka. Rumah api ini terus beroperasi sehingga hari ini. Destinasi bersiar-siar popular yang lain termasuk kubu abad ke-19 yang dipanggil Kubu Lukut (Fort Lukut) dan kubu abad ke-15 yang dikenali sebagai Kubu Kempas (Fort Kempas).
Tarikan utama di Port Dickson adalah pantai-pantainya. Terdapat juga banyak aktiviti yang boleh dinikmati di pantai ini. Antara aktiviti termasuk luncur angin, berkayak, snorkeling, luncur air dan sebagainya. Pengungjung juga boleh pergi berlayar jika mereka sanggup untuk berbelanja untuk keahlian Yacht Club jangka pendek. Tempat tarikan lain adalah Blue Lagoon, 15km dari Port Dickson. Pemandangan sekeliling yang hijau dan lautnya membuat ramai pelancong tertarik untuk ke Blue Lagoon.