Tempah Tiket Bot dari Jeti Merang ke Pulau Redang Online
Kami dengan gembira ingin memaklumkan bahawa Al Ameen Boat Service, atau Perkhidmatan Bot Al Ameen kini telah melancarkan perkhidmatan tempahan tiket feri secara online dengan BusOnlineTicket.com! Maka, mereka yang ingin ke Pulau Redang kini boleh menempah tiket bot Al Ameen dengan mudah secara online.
Al Ameen Boat Service merupakan pengendali bot yang terkenal di Jeti Merang untuk mereka yang ingin ke Pulau Redang. Mereka menyediakan perkhidmatan bot yang terbaik di jeti ke Pulau Redang tersebut. Oleh itu, masyarakat tempatan dan pelancong gemar menggunakan Perkhidmatan Bot Al Ameen untuk ke Pulau Redang dari Jeti Merang.
Jeti Merang adalah antara salah satu jeti yang menjadi “pintu masuk” untuk ke Pulau Redang. Bagi laluan antara Jeti Merang dan Pulau Redang, bot atau feri akan berlepas atau tiba di Jeti Merang. Manakala di Pulau Redang sendiri, tempat bertolak dan ketibaan adalah sama ada di Jeti Kampung, Jeti Laguna, Jeti Pelangi atau Jeti Teluk Kalong.
Tambang feri untuk perjalanan sehala dari Jeti Merang ke Pulau Redang dan dari Pulau Redang ke Jeti Merang bermula dari RM55.00. Feri tersebut akan berlepas seawal 8.00AM dan feri terakhir akan berlepas pada pukul 3.00PM setiap hari. Perjalanan antara Jeti Merang dan Pulau Redang biasanya mengambil masa kira-kira 45 minit.
Mahukan percutian santai di pantai dengan terumbu karang yang indah dan dikelilingi oleh air biru yang jelas di Pulau Redang, Terengganu? Tempah tiket bot anda dari Jeti Merang ke Pulau Redang sekarang dengan Perkhidmatan Bot Al Ameen di BusOnlineTicket.com. Semua tempahan yang dibuat melalui BusOnlineTicket.com adalah disahkan serta-merta sebaik sahaja pembayaran dibuat.