LA Holidays Menawarkan Perkhidmatan Bas Baru yang Bertolak dari TBS ke Temerloh dan Jengka

LA Holidays menawarkan bas dari KL ke Temerloh dan Jengka

Perkhidmatan Baru Bas LA Holidays: TBS ke Temerloh dan TBS ke Jengka

Hooray! Berita yang menarik untuk warga Pahang! Bas LA Holidays menawarkan perkhidmatan baru antara Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Temerloh dan Jengka. Perkhidmatan bas yang ditawarkan oleh LA Holidays boleh didapati untuk tempahan online di BusOnlineTicket.com bagi perjalananan dari 9 Ogos 2018 dan akan datang.

LA Holidays telah mula beroperasi semenjak beberapa tahun lalu dengan kerjasama KKKL yang menguruskan perjalanan dari KL ke Singapura, Genting Highlands ke Johor Bahru dan pelbagai lagi. Kini, mereka telah pun melancarkan jenama bas ekspres tersendiri. Dengan rekod pencapaian cemerlang dalam menguruskan bas ekspres untuk perjalanan popular, para pelanggan boleh menantikan kualiti perkhidmatan mereka yang terbaik pada harga yang berpatutan.

Perkhidmatan bas baru yang disediakan oleh LA Holidays adalah seperti berikut:

Sila ambil perhatian bahawa semua bas adalah bas VIP yang lengkap dengan WiFi dan soket pengecas USB. Perkhidmatan bas baru tersebut adalah sangat penting dan memudahkan mereka yang bekerja dan belajar di Kuala Lumpur, Temerloh atau Jengka. Mereka sering pergi dan balik antara bandar-bandar tersebut pada hujung minggu dan musim percutian.

Perkhidmatan bas ini akan pergi ke Terminal Bas Termeloh dahulu bagi menurunkan penumpang dan meneruskan perjalanan ke Jengka Sentral, Pahang. Harga tiket untuk bas antara Terminal Bersepadu Selatan (TBS) dan Temerloh bermula dari RM 12.00 manakala harga tiket bas antara TBS dan Jengka bermula RM 18.00 untuk setiap perjalanan.

Apa yang anda tunggu lagi? Tempah tiket bas LA Holidays dari TBS ke Temerloh atau dari TBS ke Jengka di BusOnlineTicket.com. Tempah tiket bas online anda dengan BusOnlineTicket.com adalah mudah dan tidak rumit. Semua tempahan akan disahkan dengan segera selepas pembayaran berjaya dilakukan. Oleh itu, anda boleh menjamin tempat duduk anda sebelum memulakan perjalanan.