Bas Ekspres Musafir dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu

Ekspres Musafir Bas dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu

Mulakan Perjalanan Anda dengan Bas Ekspres Musafir dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu

Selamat datang! Kami sangat gembira kerana kini Ekspres Musafir telah menyertai kami dan menyediakan perkhidmatan tempahan dalam talian untuk tiket bas mereka di BusOnlineTicket.com. Kami percaya kerjasama antara BusOnlineTicket.com dan Ekspres Musafir ini dapat memberi manfaat dan kemudahan kepada para pelanggan kami. Semua orang kini boleh menyemak jadual bas Ekspres Musafir dan membeli tiket bas Ekspres Musafir secara online di BusOnlineTicket.com pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja anda berada.

Ekspres Musafir adalah jenama bas di bawah pengurusan Konsortium E-Mutiara Berhad dan berpusat di Kota Bharu, Kelantan. Ekspres Musafir memberi keutamaan dalam menyediakan perkhidmatan bas antara Kelantan dan pelbagai destinasi di Semenanjung Malaysia. Keistimewaan bas Ekspres Mutiara adalah harga tiket bas mereka yang lebih murah berbanding perkhidmatan bas yang lain. Semua bas yang digunakan oleh Ekspres Musafir dilengkapi dengan penghawa dingin, tempat duduk boleh laras yang luas dan ruang kaki yang memadai untuk membolehkan penumpang menikmati perjalanan bas yang menyenangkan.

Laluan-laluan bas popular yang disediakan oleh Ekspres Musafir termasuk:

… dan banyak lagi.

Tempat perlepasan dan ketibaan bas di Kuala Lumpur dan kawasan berhampiran dengannya termasuk Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Terminal Bas Shah Alam dan Klang Sentral. Manakala, tempat perlepasan dan ketibaan bas di Kelantan yang popular termasuk di Terminal Bas Kota Bharu, Bandar Baru Gua Musang, Stesen Bas Machang dan banyak lagi.

Anda boleh menempah tiket bas Ekspres Musafir anda sekarang di BusOnlineTicket.com. Selain itu, anda juga boleh menempah tiket bas anda melalui Aplikasi BusOnlineTicket yang boleh dimuat turun secara percuma di App Store dan Google Play. Semua tempahan yang dibuat melalui BusOnlineTicket.com akan disahkan setelah pembayaran berjaya diterima. Tempahlah lebih awal bagi memastikan tempat duduk anda telah terjamin sebelum perjalanan.

Tempah Sekarang