Hanya 28 minit dari KLIA dan 33 minit dari KLIA2!
Tiket KLIA Ekspres kini boleh ditempah secara online di BusOnlineTicket.com! Sekarang, anda boleh merancang perjalanan anda dan mendapatkan tiket KLIA Ekspres online dengan mudah di laman web kami.
KLIA Ekspres adalah perkhidmatan kereta api yang menghubungkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA & KLIA2) ke bandar Kuala Lumpur. Perkhidmatan kereta api ini menawarkan cara terpantas untuk pergi dari lapangan terbang ke KL Sentral, iaitu hab transit terbesar di Malaysia yang terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur.
Dengan 99.7% rekod prestasi tepat pada masa, penumpang juga boleh menikmati perkhidmatan porter percuma (tertakluk pada ketersediaan), 4G Wi-Fi dan skrin maklumat yang memaparkan berita, cuaca, hiburan dan maklumat perjalanan. Perkhidmatan KLIA Ekspres boleh didapati setiap hari.
Jadual KLIA Ekspres
Kereta Api Pertama | Dari KL Sentral ke KLIA / KLIA2 | Dari KLIA ke KL Sentral | Dari KLIA2 ke KLIA / KL Sentral |
0500 | 0500 | 0455 |
Kereta Api Terakhir | Dari KL Sentral ke KLIA / KLIA2 | Dari KLIA ke KL Sentral | Dari KLIA2 ke KLIA / KL Sentral |
0040 | 0100 | 0055 |
Kekerapan:
Setiap 15 minit – waktu puncak: Ahad hingga Jumaat jam 06:00-09:00, jam 16:00-22:00 (anggaran)
Setiap 20 minit – waktu luar puncak: Ahad hingga Jumaat jam 05:00-06:00, jam 09:00-16:00, jam 22:00-00:00 (anggaran); Sabtu sepanjang hari
Setiap 30 minit – selepas tengah malam
PENGUMUMAN:Semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, perkhidmatan dan jadual KLIA Ekspres mungkin mempunyai beberapa perubahan. Untuk maklumat dan jadual yang terkini, sila rujuk Jadual Perkhidmatan ERL kerana COVID-19.
Tempahan online memudahkan para pelancong untuk mendapatkan tiket mereka terlebih dahulu sebelum perjalanan. Tempah tiket kereta api KLIA Ekspres anda online di BusOnlineTicket.com sekarang!