Perkhidmatan Bas Meridian Holidays antara Kuala Lumpur dan Johor Bahru

Perkhidmatan Bas Meridian Holidays antara Kuala Lumpur dan Johor Bahru

Meridian Holidays Express Menawarkan Perkhidmatan Bas antara KL dan JB

BusOnlineTicket.com sangat teruja untuk memperkenalkan Meridian Holidays kepada pelanggan kami. Meridian Holidays telah menyertai BusOnlineTicket.com untuk menawarkan perkhidmatan tempahan online untuk tiket bas mereka. Melalui kerjasama antara BusOnlineTicket.com dan Meridian Holidays, kami dapat memberi kemudahan yang lebih baik dengan menyediakan tempahan 24/7 secara online kepada pelanggan kami.

Meridian Holidays adalah pengusaha bas yang berpusat di Skudai, Johor. Meridian Holidays menyediakan bas satu tingkat dan bas dua tingkat untuk perjalanan bas mereka. Semua bas Meridian Holidays dilengkapi dengan penyaman udara, tempat letak kaki yang luas, dan tempat duduk boleh laras untuk memastikan penumpang mereka dapat menikmati pengalaman yang selesa dan menyeronokkan sepanjang perjalanan bersama Meridian Holidays.

Meridian Holidays terkenal dalam menyediakan bas dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru dan Johor Bahru ke Kuala Lumpur. Meridian Holidays menawarkan kemudahan tempat mengambil dan menurunkan penumpang mereka di Kuala Lumpur yang terletak di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) manakala tempat mengambil dan menurunkan penumpang di Johor Bahru pula terletak di Terminal Bas Larkin atau Terminal Bas Tun Aminah. Harga tiket bas antara Kuala Lumpur dan Johor Bahru adalah berpatutan dari RM34.30 satu perjalanan.

Laluan bas ini merupakan salah satu perkhidmatan bas yang mempunyai permintaan yang tinggi di Malaysia. Kami menasihati anda untuk menempah tiket bas Meridian Holidays antara Kuala Lumpur dan Johor Bahru online lebih awal di BusOnlineTicket.com sekarang untuk mendapatkan tempat duduk anda. Pengesahan e-mel segera akan dihantar kepada anda sebaik sahaja pembayaran diterima. Dapatkan tiket anda sekarang!