Maraliner Menawarkan Perkhidmatan Bas Ekspres antara Kuala Lumpur dan Kulim

Kami sangat teruja untuk mengumumkan bahawa Maraliner telah menyertai BusOnlineTicket.com untuk menawarkan perkhidmatan tempahan online untuk tiket bas mereka. Semua orang kini boleh menikmati kemudahan yang lebih baik untuk membeli tiket bas Maraliner online melalui BusOnlineTicket.com. Dengan kerjasama antara BusOnlineTicket.com dan Maraliner, anda boleh menempah tiket bas Maraliner sama ada melalui laman web rasmi kami atau aplikasi mudah alih yang mesra pengguna dan boleh dimuat turun secara percuma di App Store atau Google Play Store.

Maraliner adalah sebuah syarikat bas yang dimiliki oleh kerajaan yang berpusat di Kuala Lumpur. Maraliner terkenal dengan perkhidmatan bas yang merangkumi seluruh Semenanjung Malaysia seperti bas antara Alor Setar dan Shah Alam, Butterworth dan Ipoh, Kuala Lumpur dan Kedah serta banyak lagi. Perkhidmatan bas yang disediakan oleh Maraliner menggunakan bas jenis Super VIP dengan 26 tempat duduk, dilengkapi dengan penyaman udara, ruang kaki yang luas dan tempat duduk boleh laras untuk memastikan penumpang mereka dapat menikmati perjalanan bas yang selesa.

Perkhidmatan bas popular yang disediakan oleh Maraliner antaranya termasuk bas dari Kuala Lumpur ke Kulim dan Kulim ke Kuala Lumpur. Lokasi mengambil dan menurunkan penumpang di Kuala Lumpur terletak sama ada di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) atau Terminal Bas Hentian Duta. Manakala lokasi mengambil dan menurunkan penumpang di Kulim terletak di Terminal Bas Express Kulim. Harga tiket bas antara Kuala Lumpur dan Kulim cukup murah dari RM34.30 untuk perjalanan sehala.

Perkhidmatan bas antara Kuala Lumpur dan Kulim adalah penting kepada orang dewasa dan pelajar yang berulang-alik semasa hujung minggu dan musim cuti. Pengesahan tempahan segera disediakan untuk semua tempahan tiket melalui BusOnlineTicket.com selepas bayaran diterima. Jimat masa dan usaha anda dengan menempah tiket bas anda sekarang melalui BusOnlineTicket.com dan bercuti dengan Maraliner.