Pakej Percuma & Mudah ke Melaka
Terdapat banyak tempat yang menarik untuk dilawati di Malaysia, dan salah satu tempat yang paling cantik dan mempersonakan adalah Bandar Melaka di Melaka. Melaka terkenal dengan warisan budaya dan sejarahnya. Melaka mempunyai kepelbagain yang tidak banyak tempat lain ada dan ini terutamanya adalah kerana pengaruh British, Portugis dan Belanda yang pernah menjadi sebahagian daripada sejarahnya suatu masa dahulu.
Bandar Melaka adalah ibu negeri kepada negeri Melaka yang terletak lebih kurang 2 jam dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur. Bandar ini mempunyai reputasi yang unik kerana disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia (World Heritage Site) oleh UNESCO. Bandar Melaka adalah Bandar yang agak besar oleh itu anda memerlukan beberapa mod pengangkutan untuk bergerak. Antara pilihan yang popular adalah teksi dan monorel. Terdapat juga beberapa bas yang berulang-alik di sekitar bandar untuk ke lokasi yang berbeza di dalam bandar. Cara lain yang popular adalah dengan menyewa basikal, juga terbukti dapat menjimatkan kos. Walau bagaimanapun, jika anda adalah seorang yang sememangnya suka mengembara, berjalan kaki adalah pilihan yang terbaik.
Ada banyak tempat yang menarik untuk dilihat di Melaka. Anda boleh melawat tempat-tempat lama di bandar untuk melihat sisa-sisa peninggalan era Eropah yang masih dapat dilihat dalam bentuk rumah, bangunan dan kedai-kedai. Terdapat banyak tempat untuk dilawati dan dilihat seperti Muzium Peranakan Baba dan Nyonya, Kuil Cheng Hoon Teng, Gereja Christ, Muzium Tentera Laut Diraja Malaysia dan banyak lagi.
Jika anda melawat Bandar Melaka pada bulan Januari, anda berpeluang untuk menyaksikan salah satu pesta yang paling popular di Melaka, Pesta Layang-Layang. Di sini, anda dapat melihat layang-layang yang direka dengan kreatif dan pertandingan bermain layang-layang yang menghiburkan. Terdapat juga pelancong yang membeli layang-layang dan turut bermain di pesta tersebut.
Aktiviti-aktiviti lain termasuk menaiki kapal lanun, Melaka Duck Tour, Persembahan Bunyi dan Cahaya yang popular, Melaka River Cruise, Panorama Melaka (sebuah bas dua tingkat yang membawa pelancong ke seluruh bandar), Menara Taming Sari dan banyak lagi.