Cara Membuat Pembayaran di 7-Eleven (Lembah Klang Malaysia Sahaja)
Seperti biasa, lakukan proses tempahan seperti yang diterangkan dalam halaman Cara Membuat Tempahan.
Selepas anda memilih tempat duduk anda, anda perlu memilih kaedah pembayaran anda. Sila pilih 7-Eleven seperti yang ditunjukkan dalam gambar.
Cetak Baucar Pembayaran
Setelah anda memilih kaedah pembayaran 7-Eleven dan klik “Teruskan Kepada Pembayaran”, anda akan dibawa ke laman web pembayaran MOLPay 7-Eleven. Klik “Proceed” dan baucar akan dihasilkan seperti yang ditunjukkan dalam gambar. Sila cetak baucar pembayaran bersama kod bar.
– Anda mesti cetak baucar pembayaran jika anda mahu membayar di cawangan 7-Eleven.
– Anda perlu membuat pembayaran dalam masa 48 jam. Tempat duduk anda akan disimpan untuk anda selama 48 sahaja. Jika pembayaran gagal dilakukakan dalam 48 jam, tempat duduk anda akan dilepaskan
Pembayaran di mana-mana 7-Eleven dalam kawasan Lembah Klang (Malaysia)
Setelah baucar bayaran dicetak, anda boleh pergi ke mana-mana 7-Eleven dalam kawasan Lembah Klang untuk membayar pembelian tiket bas anda di BusOnlineTicket.com.
Setelah anda membuat pembayaran, anda akan menerima pengesahan tempahan di e-mel anda dalam masa 24 jam.
Selesai! Anda sudah sedia untuk perjalanan!