LA Holidays Express Menawarkan Pekhidmatan Bas Baru Antara Johor Bahru dan Kuala Lumpur

LA Holidays Express Menawarkan Pekhidmatan Bas Baru Antara Johor Bahru dan Kuala Lumpur

Bas Antara Johor Bahru dan Kuala Lumpur

BusOnlineTicket.com sangat teruja untuk berkongsi dengan pelanggan tentang perkhidmatan bas baru yang disediakan oleh LA Holidays Express. LA Holidays Express kini memperluaskan perkhidmatan bas mereka antara Johor Bahru dan Kuala Lumpur selepas melancarkan perkhidmatan ke Kuantan, Jengka, Temerloh, Bandar Penawar dan Sungai Rengit beberapa bulan yang lepas. Anda bolehlah menempah tiket bas secara online dengan lebih awal di BusOnlineTicket.com untuk menjamin tempat duduk anda sebelum memulakan perjalanan!

LA Holidays Express merupakan syarikat bas ekspres yang agak baru serta berpusat di Kuala Lumpur, akan tetapi mereka telah melakar pencapaian yang cemerlang dalam beberapa bulan dengan memperluaskan jumlah laluan bas baru dan juga dengan menawarkan pengalaman perkhidmatan bas yang terbaik untuk para penumpang. Ramai penumpang mendapat manfaat daripada perkhidmatan cemerlang dan berterusan yang berkualiti daripada LA Holidays.

Selain daripada menjadi jenama perkhidmatan bas ekspres tersendiri, LA Holidays Express juga merupakan rakan kongsi KKKL Express, dan menyediakan bas dari Kuala Lumpur ke Singapura, Kuala Lumpur ke Johor, Genting Highlands ke Singapura dan Genting Highlands ke Johor. Dengan rekod kecemerlangan perkhidmatan yang telah dicapai, para penumpang berasa selesa untuk menggunakan perkhidmatan bas LA Holidays Express untuk ke destinasi mereka.

Laluan bas baru yang disediakan oleh LA Holidays Express adalah seperti yang berikut:

Sila ambil perhatian bahawa LA Holidays Express akan memulakan perjalanan bas seperti yang disenaraikan di atas mulai 31 Jan 2019 dengan harga tiket RM35.00 untuk setiap perjalanan. Dengan harga tiket bas yang berpatutuan ini, LA Holidays telah jauh mendahului piawaian industri dengan menawarkan perkhidmatan WiFi di atas bas serta port pengecas USB di setiap tempat duduk. Perkhidmatan WiFi yang disediakan pula membolehkan para penumpang kekal berhubung bersama ahli keluarga sepanjang waktu perjalanan bas, manakala port pengecas USB menyediakan kemudahan pengecasan alat peranti buat penumpang.

Tempat perlepasan dan ketibaan di Johor Bahru terletak di Terminal Bas Larkin manakala tempat perlepasan dan ketibaan di Kuala Lumpur adalah di Terminal Bersepadu Selatan (TBS).

Penempahan tiket bas untuk LA Holidays Express antara Johor Bahru dan Kuala Lumpur melalui BusOnlineTicket.com adalah sangat mudah dan selamat. Dengan perkhidmatan penempahan online 24/7, mimpi ngeri tentang barisan yang panjang di kaunter tiket akan berakhir. E-mel pengesahan tempahan akan segera dihantar kepada anda sebaik sahaja pembayaran diterima.

Tempah Sekarang